Aku terbaca perkongsian dan perdebatan di Facebook berkenaan kahwin bawah umur yang mana isu ini dibangkitkan oleh bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM), Hannah Yeoh.
Sama ada beliau mahu mengaitkan isu tersebut dengan agama Islam atau bangsa Melayu, itu aku kurang pasti apa maksud tersirat yang beliau bangkitkan. Aku tidak mahu menuduh sebarangan kerana kita perlu dengar penjelasan daripada tuan badan sendiri.
Menurut Hannah Yeoh, beliau bimbang dengan pelantikan Siti Zailah Mohd Yusoff daripada parti PAS sebagai timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) kerana menurutnya Siti Zailah merestui perkahwinan kanak-kanak, khususnya dalam perbahasan parlimen pada Julai 2017. Siti Zailah dilaporkan mempertahankan perkahwinan bawah umur kerana dibenarkan dalam Islam. Baca Kenyataan Penuh Hannah Yeoh.
Kahwin Bawah Umur Di Malaysia. Islam Lebih Ramai? Anda Pasti?
Melihat kepada perdebatan di Facebook aku pun memulakan carian dalam media sosial dan Google, mencari maklumat lebih tepat dan disahkan benar atau tidak bilangan pasangan kahwin bawah umur di Malaysia lebih ramai melibatkan orang MELAYU/ISLAM?
Hasilnya aku terjumpa artikel yang pernah menyiarkan artikel berkaitan isu ini semasa hangat kes kahwin bawah umur melibatkan seorang remaja perempuan berumur 11 tahun dengan seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan. Sumber Artikel

Ketika isu ini berlaku ianya di bawah seliaan bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM), Dr Wan Azizah dan Hannah Yeoh sendiri sebagai timbalan menteri.
Bagi menjawab isu tersebut, Dr Wan Azizah telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat yang sedikit mengejutkan kerana kenyataan Hannah Yeoh seolah-olah menimbulkan persepsi orang Melayu Islam lebih ramai kahwin bawah umur tetapi ia sebaliknya!
Mengapa aku kata begitu? cuba baca petikan kenyataan Hannah Yeoh ini;
Menurut Hannah Yeoh, beliau bimbang dengan pelantikan Siti Zailah Mohd Yusoff daripada parti PAS sebagai timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) kerana menurutnya Siti Zailah merestui perkahwinan kanak-kanak, khususnya dalam perbahasan parlimen pada Julai 2017. Siti Zailah dilaporkan mempertahankan perkahwinan bawah umur kerana dibenarkan dalam Islam. Baca Kenyataan Penuh Hannah Yeoh.
Sedikit sebanyak akan timbul persepsi buruk kerana Siti Zailah adalah seorang Melayu Islam daripada parti yang memperjuangkan Islam (PAS) dan dilapor mempertahankan perkahwinan bawah umur.
Kebimbangan Hannah Yeoh adalah wajar tetapi daripada sudut pandangan aku beliau dilihat cuba bermain persepsi kononnya timbalan menteri tersebut akan “membakul sampahkan” usaha kerajaan Pakatan Harapan yang baru sahaja melancarkan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur bagi menangani punca-punca perkahwinan bawah umur di peringkat akar umbi.
Sabar Hannah Yeoh! Siti Zailah Belum Masuk Pejabat Lagi….
Siti Zailah Mohd Yusoff baru sahaja dilantik sebagai timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) dan belum memulakan tugas lagi tetapi persepsi buruk sudah mula dicipta untuk memberi gambaran buruk kepada beliau sebagai penyokong kahwin bawah umur.
Bawa bertenang Hannah Yeoh, nanti Siti Zailah masuk pejabat dan akan membuka semua kertas kerja dan perancangan kerajaan terdahulu barulah beliau akan buat keputusan setelah berbincang dengan Menteri dan juga pandangan Perdana Menteri, itupun setelah meneliti pastinya dengan mendalam usaha tersebut, jadi bawa bertenang. Jangan gelabah sangat!
Hannah Yeoh… Tahu Tak Kaum Mana Paling Ramai Kahwin Bawah Umur?
Mungkin Hannah Yeoh terlalu bimbang usaha beliau dalam kerajaan Pakatan Harapan dahulu tidak menjadi kenyataan atau mungkin beliau cuba mengaitkan agama dan kaum dalam isu ini sehingga terlupa yang bekas menteri beliau sendiri, Dr Wan Azizah telah mengeluarkan fakta yang agak mengejutkan!
Hannah Yeoh tak perasan? tak semak dan kaji dahulu sebelum bercakap? tangan dan mulut lagi laju daripada berfikir dahulu?
Ini faktanya…..


Bagaimana Hannah Yeoh? terkedu? hilang kata-kata? jika anda berniat baik dan bercakap soal isu kahwin bawah umur kerana tidak mahu timbul masalah di kemudian hari terutama masa depan kanak-kanak tersebut, memang aku akan tabik spring!
Tetapi, jika anda cuba bermain persepsi dengan mengatakan Melayu Islam paling ramai kahwin bawah umur, CERMIN MUKA dan BACA FAKTA dahulu ok. Itu bekas bos anda sendiri yang keluarkan fakta bukan Siti Zalilah yang anda takutkan itu.
Ingat! orang Melayu ketika ini memiliki mood yang sangat tidak baik terutama kepada parti DAP sejak PH memerintah, bagaimana anda mahu mengambil hati mereka semula untuk menang PRU15 nanti jika cuba mengaitkan isu agama dan kaum?
Mesti Baca: Menteri Kabinet Pakatan Nasional (PN) 2020
Pingback: Pengalaman Swab COVID-19 Dan Kuarantin Di Rumah - From Temerloh With Love