Dibuang Kerja Tahun 2018? Dapat Bantuan RM600 Sebulan

Selain daripada dikejar hantu atau dikejar anjing, apakah perkara yang paling menakutkan di dunia ini? Bagi aku sudah tentu jika DIBUANG KERJA!

Tak dapat bayangkan bagaimana jika dibuang kerja? Bagi orang bujang mungkin tak terkesan sangat tetapi bagi yang telah berkeluarga, ianya ibarat hukuman mati.

Tindakan Jika Dibuang Kerja

Artikel Menarik: 5 Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah 

Dalam situasi sekarang nak dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan, minat dan sebagainya bukan senang. Kita perlu bersaing dengan jutaan pencari kerja termasuk yang baru menamatkan pengajian di universiti yang entah berapa ribu graduan dikeluarkan dalam masa setahun.

Ok aku tak nak cerita panjang lagi, ini ada bertita baik bagi yang dibuang kerja dalam tahun 2018 ini. Nasib malang anda dibela kerajaan. Jom kita baca apa berita baik jika dibuang kerja tahun ini yang aku petik daripada Sinar Harian Online.

Bantuan RM600 Sebulan Jika Dibuang Kerja

KUALA LUMPUR – Mereka yang kehilangan pekerjaan tahun ini layak mendapat bantuan interim sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah Akta Sistem Insurans 2017.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata langkah itu bertujuan memperkasa perlindungan keselamatan sosial melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

“Melalui SIP, pekerja yang terjejas akan dibantu secara khusus bagi mendapatkan pekerjaan baharu melalui perkhidmatan pekerjaan yang diberikan oleh pegawai perkhidmatan pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan Jika Dibuang Kerja

Mesti Baca: Jadual Gaji Kakitangan Awam, Cuti Sekolah, Cuti Umum Dan Cuti Panjang 2018

Mereka yang layak memohon bantuan interim itu pada masa yang sama perlu menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula yang akan dikawal selia oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk meningkatkan kebolehkerjaan mereka.

Permohonan bagi bayaran interim boleh dilaksanakan melalui portal dalam talian laman sesawang www.perkeso.gov.my/sip atau hadir sendiri di kaunter Perkeso di seluruh negara.

Selain itu, bermula Februari ini, majikan boleh mendaftar dan membuat bayaran caruman melalui portal “Assist Perkeso” manakala pembayaran faedah SIP akan bermula pad Januari 2019.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SIP boleh menghubungi Perkeso di talian 1300 22 8000 atau melayari laman sesawang rasmi Perkeso. – Sumber

Tahniah dan terima kasih kerajaan kerana prihatin dengan nasib golongan yang dibuang kerja bermula tahun 2018 ini.

Bantuan sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang bernasib malang dibuang kerja untuk mencari pekerjaan baru.

Kepada yang dibuang kerja bermula 2018 ini, sila ambil perhatian. Anda tidak diabaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *