COVID-19, PKP, Peluang Bersama Keluarga
Dalam tak sedar dah masuk seminggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung penularan virus yang boleh membawa maut iaitu COVID-19.
Jika penyebaran COVID-19 semakin reda, PKP dijangka tamat pada 31 Mac 2020 nanti tetapi kita tak boleh berharap kerana angka mereka yang dijangkiti dan kematian di Malaysia angkara virus tersebut semakin bertambah.

Kalau tiada perubahan, kerajaan dijangka akan melanjutkan lagi tempoh PKP, boleh jadi seminggu atau lebih. Memang rentunglah duduk di rumah.
Aku tak nafikan memang hidup dalam PKP agak membosankan kerana tak dapat bergerak bebas, hanya keluar ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan dan terus balik ke rumah tetapi apa boleh buat bersabarlah sehingga wabak COVID-19 ini reda.
Apa hikmah utama COVID-19 dan PKP?
Selain cuti “free” yang panjang dan boleh berehat daripada kesibukan kerja, paling penting adalah MASA DAN PELUANG BERSAMA KELUARGA.
Kalau sebelum ini, kita selalu dihambat masa dengan kerja dan rutin harian yang sangat sibuk, tiada masa yang banyak untuk bersama keluarga terutama anak-anak, inilah dia masanya!
Tempoh PKP selama dua minggu ini hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk menghabiskan masa bersama dengan orang yang tersayang.
Mesti Baca: Tempat-Tempat Menarik Di Temerloh
Mesti Baca: Soalan-Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan

Di rumah, sudah pasti ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama seisi keluarga seperti memasak, mengemas, menonton dan paling menarik bermain bersama anak-anak.
Anggap saja tempoh PKP ini sebagai peluang bersama keluarga dan ‘menebus masa’ yang sebelum ini mungkin tiada bersama anak-anak.
Kita berdoa semoga COVID-19 cepat pergi dari bumi Malaysia dan juga di negara luar. Aku rasa pengalaman PKP ini boleh dianggap pengalaman seumur hidup walaupun tidaklah seteruk zaman darurat nenek moyang kita dahulu. Sekurang-kurangnya kita merasa bagaimana seksanya hidup dalam kesempitan dan kawalan pihak berkuasa.