Anda pengguna Astro? Kalau bayar bil setap bulan anda tunggu bil astro sampai rumah atau terus sahaja bayar setiap bulan sebab dah tahu jumlah yang perlu dibayar? Sebenarnya, selain daripada tunggu bil sampai rumah anda juga boleh semak akaun Astro dengan cara paling mudah.
Zaman teknologi canggih ini, semua transaksi boleh dibuat secara online. Semak bil, bayar bil, membeli belah, mengirim wang dan sebagainya.
Jadi, jangan terlepas mengaplikasikan kemudahan teknologi di hujung jari ini. Cuma, kena berhati-hati sedikit sebelum melakukan sebarang transaksi online atau jangan dedahkan sebarang maklumat berkenaan akaun anda kepada orang yang tidak dikenali. Lebih baik jika anda kerap menukar password/kata laluan akaun online anda.
Mesti Baca: Pecah Sempadan Tanah Atau Pecah Bahagian Tanah. Yang Mana Satu?
Mesti Baca: Berapa Harga Beli Datuk? Mana Boleh Beli?
Mesti Baca: Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia
Sudah! aku nak cerita cara semak akaun Astro paling mudah melalut ke lain pula. Untuk pengetahuan semua, sejak aku mula menggunakan Astro aku dah biasa menyemak bil yang perlu dibayar setiap bulan dengan menggunakan SMS. Sangat mudah dan cepat! Bagaimana caranya?
Cara Semak Akaun Astro Paling Mudah
Semak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah cara paling mudah yang aku rasa. Tidak perlu berdaftar sana sini. Hanya masukkan sahaja maklumat yang diperlukan mengikut arahannya dan dalam masa beberapa saat sahaja mesej teks akan masuk ke dalam telefon bimbit anda yang mengandungi informasi akaun Astro dan jumlah bil termasuk tunggakan dan tarikh akhir bayaran bil bulanan.
Tak payah pening nak baca panjang-panjang. Jom cuba semak akaun Astro anda dengan SMS sekarang!
1. ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>AC NO> dan hantar ke 33310
Contoh: ASTRO BAL AC 200200
2. ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>IC NO> dan hantar ke 33310
Contoh: ASTRO BAL IC 020022-06-0000
Caj semakan adalah RM0.15 sahaja.
Selain itu, anda boleh juga berdaftar secara online di Laman Web ASTRO untuk mengetahui bil yang perlu dibayar.
Masuk sahaja ke laman web tersebut dan lihat di bahagian atas untuk LOGON atau REGISTER. Ikut sahaja arahan yang diberikan.
Untuk pembayaran bil Astro juga ada berbagai-bagi cara sama ada Online Bankin atau bayar di 7-Eleven, pejabat pos, petronas atau terus ke Center Astro berhampiran anda jika ada.
Aku pilih semak akaun Astro dengan SMS sahaja. Pada aku sangat mudah dan cepat. Caj pun RM0.15 sahaja. Simpan mesej yang diterima untuk rujukan masa nak bayar nanti.
Terpulang kepada diri masing-masing ok 🙂
mcm ne nkntahu bil astro yg bulan akn dtg tanpa tgu bil smpai pada kita
astro ada hantar email dan sms kepada pelanggan.
terima kasih astro. tapi rancangan kena lah makin berkualiti ye.
cerita ulang2 tu biasa dah 🙂