Sejak malam tadi kipas siling bunyi bising. Tak selesa langsung, memekak kerja dia. Aku dah terbayang kalau nak panggil orang repair duit lagi dalam keadaan PKP pula ada ke orang nak datang repair.
Mula-mula aku syak bunyi bising mungkin bilah kipas siling tersebut banyak habuk aku pun tutup kipas, basahkan kain dan lap bilah kipas dan sekitar badan kipas tetapi tak menjadi juga.
Aku dah panas hati dah. Kipas siling memekak menyebabkan aku cepat naik darah. Aku rasa boleh repair kipas siling sendiri, cuba dahulu. Zaman sekarang Google saja, ada banyak artikel atau video cara repair kipas siling atau kipas meja.
Banyak Video Cara Baiki Kipas Siling Bunyi Bising
Banyak video cara repair kipas siling yang berbunyi bising di Youtube. Ada yang kena buka kipas atau dengan kata lain cabut bawa turun ke bawah tetapi pada aku agak leceh, dengan nak cabut satu hal ada wayar-wayar, silap cabut nanti nak pasang semula tak jadi masalah lain pula.
Aku pilih cara jangan cabut dahulu. Selepas cuci kipas, lap dan buang semua habuk pada badan dan bilah kipas, aku pun ikut cara baiki kipas siling bunyi bising daripada video. Kredit kepada yang upload video tersebut di Youtube, mc noroi kerana telah membantu aku menyelesaikan masalah aku.
Selepas melihat video tersebut aku syak bearing kipas menyebabkan bunyi bising, tak kan nak buka kipas bawa turun pula tetapi dalam video tersebut tak payah bawa turun pun.
Aku pun ikutlah cara baiki kipas bunyi bising seperti dalam video, aku gunakan MINYAK MASAK saja.

Sapukan minyak masak pada batang kipas kemudian masukkan minyak masak ke dalam celah batang itu dengan harapan minyak tersebut sampai ke bearing dalam badan kipas tersebut.
Kemudian, jangan buka lebih kurang dalam setengah jam, biarkan minyak masak tersebut meresap masuk pergi ke bearing dalam badan kipas tersebut.
Hasilnya???
Yahoooo……!!! menjadilah, kipas siling tak bunyi bising lagi dah…. Hahahahahahaha… selamat duit tak payah panggil orang tengok atau kena tukar bearing dan sebagainya.
Mesti Baca: Cara Semak Akaun Astro Paling Mudah
Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh
Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Popular
Terima kasih.. itulah gunanya Google dahulu, zaman sekarang semua ada dalam internet, video dan artikel ada banyak. Cuba dahulu buat sendiri kecuali dah tak boleh sangat.
Tetapi, tengok jenis kipas juga. Macam aku kipas siling jenis lama jenama panasonic. Kalau kipas siling jenis elektronik, guna remote atau canggih mungkin lain cara repair dia.
Tak kisahlah jenama apapun, canggih macam mana pun, cuba Google dahulu, cari video, DIY.
Oklah, masalah aku kipas siling bunyi bising dah selesai. Kalau korang terbaca kisah aku ni dan ada masalah yang sama cuba dahulu ok. Kalau tak kena cari video lain, mungkin sampai kena cabut kipas tukar bearing kot.
powerful!
tq kita share mana yang baik
Terima kasih atas info..mlm td baru terjadi..x bole tdo dibuatnye..bukak google bace page ni..selesai terus prob..alhamdulillah..
alhamdulillah terbaik 🙂
salam penulis,
minyak masak tak sesuai untuk peralatan, sebab dia boleh membeku kalau sejuk, nanti melekat lekat jadi hitam dekat peralatan, kotor dan boleh menambah masalah jangka panjang.
kalau wd40 pun tak sesuai, sebab dia menghakis peralatan, kalau pernah guna, mesti tahu wd40 boleh tanggalkan karat.
sebaiknya guna minyak mesin, macam minyak yang selalu guna untuk mesin jahit. minyak jenis tu memang khas untuk melancarkan pergerakan mesin.
terima kasih atas maklumbalas, terbaik nasihat tuan 🙂
Pingback: Pengalaman Swab COVID-19 Dan Kuarantin Di Rumah - From Temerloh With Love
Bru nak cuba ni ha..hro2 mjdi lah…tq info yg berguna…
harap menjadi 🙂
Pingback: Kemelut Politik Malaysia Meloyakan. Kuasa Rakyat Akan Menghukummu... - From Temerloh With Love
Pingback: Tak Lama Dah Boleh Rentas Negeri - From Temerloh With Love
Pingback: Pengalaman Banjir Besar 2021 Di Temerloh - From Temerloh With Love
Pingback: Sound Search Milik KidDin. Meremang Tengkuk.. - From Temerloh With Love