Bubar Parlimen Untuk PRU15. Berenang Ke Pusat Mengundi?

Bubar Parlimen untuk PRU15? Akhirnya selepas berteka-teki, parlimen telah dibubarkan pada hari Isnin, 10/10/2022. Ketika negara sedang mengalami peralihan monsun Timur Laut yang biasanya membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir khusus di negeri Pantai Timur, bersediakah kita berenang ke pusat mengundi?

Jujurnya mengikut pengalaman aku sebagai anak negeri Pahang, banjir yang melanda negeri Pantai Timur biasanya bermula bulan November sehingga Januari. Lazimnya, hujung tahun dalam bulan Disember adalah kemuncak kepada banjir besar.

Bubar Parlimen Untuk PRU15. Berenang Ke Pusat Mengundi?
PM menyampaikan perutusan khas pembubaran parlimen untuk PRU15.
Kredit Gambar: malaysiakini.com

Jadi, jika bubar parlimen untuk PRU15 dalam awal Oktober dan letaklah tempoh sebulan untuk hari mengundi iaitu pada awal November, pada perkiraan dan pengalaman aku rasanya sempat mengundi sebelum banjir besar melanda.

Tetapi, parlimen mesti dibubarkan segera. Jika dah masuk tengah November masih belum bubar, baik tak payah buat tunggu sahaja habis musim tengkujuh nanti.

Bubar Parlimen Untuk PRU15. Berenang Ke Pusat Mengundi?

Aku tak dapat bayangkan bagaimana jika sampai hari mengundi nanti, banjir besar melanda. Adakah pengundi perlu menggadai nyawa berenang ke pusat mengundi? Walaupun bukan semua negeri terlibat dengan banjir tetapi ianya tetap menjadi buah mulut rakyat dan imej mereka-mereka yang terlibat serta mendesak pembubaran parlimen akan terjejas.

Mesti Baca: Kawasan Hotspot Banjir Pahang 2022

Mesti Baca: Kipas Siling Berbunyi. Apa Nak Buat?

Mesti Baca: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Tetapi, selepas pembubaran parlimen semalam, tak lama selepas itu mula berlegar dalam group Whatsapp tarikh-tarikh penting PRU15.

  • Tarikh Bubar: 10/10/2022
  • Tarikh Penamaan Calon: 22/10/2022
  • Tarikh Mengundi Awal: 01/11/2022
  • Tarikh Mengundi: 05/11/2022

Tarikh-tarikh di atas setakat ini hanya khbar angin selagi belum mendapat pengesahan rasmi daripada SPR. Walau apapun, PRU15 mesti wajib dibuat sebelum pertengahan bulan November kerana mengikut pengalaman aku ketika itu hujan sudah mula turun dengan lebat berhari-hari dan boleh menyebabkan banjir.

JANGAN buat rakyat mengamuk ketika terpaksa berenang ke pusat mengundi angkara orang politik yang gila kuasa!

Segera selesaikan apa yang anda semua telah mulakan. Aku yakin bukan YDP Agong saja muak dengan perangai ahli politik, rakyat lagi berbulu melihatnya.

Aku tak kisah sangat siapa yang jadi kerajaan sebab sama sahaja. Masa berkempen semua manis, mengemis dengan rakyat minta undi tetapi bila dah menang dia punya berlagak macam tahi!

Ok cukuplah setakat ini. Agong dah bubar parlimen untuk PRU15. Ayuh rakyat Malaysia! gunakan kuasa anda pilih wakil rakyat yang anda rasakan mampu membawa perubahan. Selamat mengundi PRU15!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *