Kalau Bubar Parlimen Masih Tak Selesai, Apa Seterusnya?

Sudah masuk hari keenam Malaysia masih tidak mempunyai kerajaan yang memerintah, buat sementara waktu, Yang Dipertuan Agong menjadi ketua negara dibantu perdana menteri interim (sementara) sehingga kerajaan baru dibentuk nanti. Apa penyelesaian kemelut politik ini? masih buntu, jalan terakhir, BUBAR PARLIMEN?

Apa yang aku perhatikan kemelut politik ini akan terus buntu sebab semua gabungan parti politik berkeras dengan prinsip perjuangan parti masing-masing.

Kalau Bubar Parlimen Masih Tak Selesai, Apa Seterusnya?

Andai kata bubar parlimen dan masih juga tiada gabungan yang mendapat majoriti, apa kesudahannya? kalau ada pun yang dapat majoriti tetapi lemah, kerajaan boleh jatuh bila-bila masa sahaja andai kata ada yang melompat parti atau berlaku kematian, akhirnya terjadi lagi kemelut politik seperti yang berlaku ketika ini.

Sekarang semua gabungan parti berkeras dengan pendirian masing-masing, tikam-menikam, lompat melompat dan pelbagai lagi aksi meloyakan daripada ahli parlimen yang berebut kuasa akan rakyat saksikan.

Bila nak habis macam ni? mula-mula krisis politik terjadi, aku berminat juga ambil tahu tetapi dah masuk hari keenam rasa dah mula menyampah. Aku percaya orang lain pun punya perasaan seperti aku.

Sebelum Bubar Parlimen Buat Sidang Dewan Dahulu

Sebelum Majlis Raja-Raja bermesyuarat, Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir telah membuat keputusan mengadakan sidang dewan pada 03/03/2020 (Isnin) bagi merungkai kemelut ini. Siapa dapat paling banyak sokongan dan mendapat majoriti maka gabungan itulah yang layak menubuhkan kerajaan.

Aku rasa sama sahaja kalau buat sidang dewan pun, sebab dalam pecahan gabungan ketika ini (Bersatu, Pakatan Harapan, Muafakat Nasional dan Bebas) semuanya tiada kata putus untuk berkerjasama. Semuanya tetap dengan pendirian dan prinsip masing-masing.

Mesti Baca: Jom Tengok Tempat-Tempat Menarik Di Temerloh

Aku tertanya sendiri, apakah hak dan kuasa Perdana Menteri interim boleh panggil sidang dewan, sah ke? kenapa Tun M tak tunggu dahulu Majlis Raja-Raja bermesyuarat dan barulah umumkan sidang dewan khas. Apabila beliau umumkan dahulu seolah-olah membuatkan Majlis Raja-Raja dalam keadaan tersepit dan terpaksa akur dengan keputusan awal yang telah diumumkan PM.

Apapun, kita tunggu dahulu apa keputusan Majlis Raja-Raja, sama ada nak bubar parlimen atau tunggu sidang dewan khas Isnin ini dahulu, jika tiada keputusan maka bubar parlimen jalan terbaik.

Pendapat aku, agak sukar mana-mana gabungan nak dapat majoriti jika tiada kerjasama dan toleransi, jalan terakhir bubar parlimen tetapi kalau hasil keputusannya tetap sama, apa seterusnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *