Blogger Paling Pemalas Jatuh Kepada Aku….

      No Comments on Blogger Paling Pemalas Jatuh Kepada Aku….

Buat blog banyak tetapi menulis pun malas, kali terakhir aku menulis di Blog From Temerloh With Love ini kira-kira 4 bulan yang lalu, itu pun selepas beberapa lama tak menulis, blog lain lagi entah bersawang apa jadi entah. Tak syak lagi kalau ada anugerah Blogger Paling Pemalas, aku yang paling layak menang tak pun naib johan kot 🙂

Mengapa aku malas sangat menulis?

Entahlah, faktor keletihan menjadi punca utama aku malas menulis sekarang ini, siang bekerja di pejabat, menguruskan anak seharian ke sana sini, balik kerja badan pun dah penat, otak pun jem!

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh

Kadang-kadang bila terasa nak menulis saja, buka laptop, bateri pula tak ada, malas nak charge sambil menulis terus tutup laptop, terbantut lagi nak menulis 🙂

Ya! Aku Blogger Paling Pemalas Tetapi…

Setiap kali aku menulis aku akan pastikan tulisan aku itu menduduki muka depan Google, tak kira tangga pertama, kedua atau berapa pun tetapi mesti muka depan.

Sekurang-kurangnya walaupun aku malas menulis tetapi tulisan aku akan terus dibaca oleh mereka yang mencari informasi atau apa saja keyword carian mereka.

Ya! Aku Blogger Paling Pemalas Tetapi...

Itulah sedikit petikan yang dapat aku tunjukkan kepada semua. Walau semalas mana pun seorang blogger untuk menulis tetapi pastikan apa pun tulisan duduk di muka depan Google kerana peluang untuk blog kita di”klik” turut tinggi, jadi trafik akan terus masuk, tidak terus bersawang tanpa pengunjung.

Ianya selain memastikan blog kita terus “hidup”, paling penting hasil tulisan kita dapat memberi manfaat kepada orang lain, tak banyak sikit pun jadilah, itulah sumbangan kita.

Mesti Baca: Vlogger Untuk Yang Tak Minat Menulis Blog

Ok malas aku dah datang lagi, dah sampai masa aku menamatkan penulisan kali ini, sesuai dengan anugerah Blogger Paling Pemalas tetapi aku sangat berharap blog From Temerloh With Love walaupun jarang dikemaskini tetap memberi manfaat kepada mereka yang mencari informasi di Google.

Jumpa lagi, dari rodong kepada rodong 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *