Tiada sijil mati boleh tuntut harta pusaka? tak tahu di mana nak cari sijil mati? waris tidak kenal kerana tak pernah jumpa atau masih kecil ketika kematian.
Tahu tak anda yang syarat UTAMA untuk menuntut harta pusaka adalah SIJIL MATI. Mengapa? sudah tentu ianya wajub kerana itulah yang membuktikan kematian seseorang. Sama seperti kereta. Apa bukti anda pemilik kereta ianya adalah geran kereta.
Bagaimana Tuntut Harta Pusaka Jika Tiada Sijil Mati?
Apabila berlaku kematian di antara perkara yang perlu diselesaikan oleh waris adalah harta pusaka yang ditinggalkan tidak kira tanah, rumah, wang simpanan, kenderaan dan sebagainya. Selagi harta pusaka tidak diselesaikan ianya tidak dapat dimanfaatkan oleh waris simati.
Jika dibiarkan ianya akan menjadi “harta beku” terutama wang yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun “Wang Tidak Dituntut”. Sebab itu harta pusaka yang tidak dituntut sehingga kini mencecah puluhan bilion ringgit kerana waris tidak menuntut.

Kembali semula kepada tajuk di atas. Jika simati mati terlalu lama mungkin zaman Jepun, selepas merdeka atau mati ketika waris masih kecil, bagaimana waris nak buat tuntutan harta pusaka sebab tak tahu di mana sijil mati arwah?
Senang sahaja…..
Pertama sekali, waris boleh beli sijil mati di Pejabat Pendaftaran. Bagi sahaja no kad pengenalan simati untuk beli, harga kalau masih sama hanya RM5.00 tetapi yang boleh beli sijil mati hanya waris terdekat sahaja.
TIADA NO. KAD PENGENALAN simati? ini yang susah. Tambahan pula orang dahulu tiada no kad pengenalan, dalam geran tanah pun tiada no kad pengenalan. Jadi bagaimana nak beli sijil mati? memang Pejabat Pendaftaran tak dapat nak tolong. Kalau mereka nak semak atas nama simati biasa keputusan yang keluar “TIADA REKOD”. Lagipun bagaimana nak semak kalau ada beribu nama yang sama dalam rekod pejabat pendaftaran.
Artikel Berkaitan: Panduan Membuat Wasiat Dan Hibah Harta Pusaka
Artikel Berkaitan: Mengapa Pembahagian Pusaka Tanah Felda Lantik Pentadbir Bukan Pemilik?
Tiada Sijil Mati Dalam Rekod Pejabat Pendaftaran? Ada Cara Lain Tak?
Tidak ada jalan lagi kecuali anda terpaksa mendapatkan PERINTAH ANGGAPAN KEMATIAN daripada Mahkamah Tinggi.
Hanya Mahkamah Tinggi yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah yang memutuskan seseorang itu telah mati.
Anda terpaksa mendapatkan khidmat guaman (pasang lawyer) untuk membawa kes ini ke mahkamah. Ianya melibatkan kos dan jika anda rasa terbeban cuba dapatkan khidmat bantuan peguam kerajaan melalui Biro Bantuan Guaman.
Selepas mendapat Perintah Anggapan Kematian, bolehlah anda membuat tuntutan harta pusaka di Unit Pembahagian Pusaka Kecil berkenaan.
Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Ingat, tiada sijil mati bukan alasan, jalankan kewajipan selesaikan pembahagian harta pusaka sebelum lebih ramai waris yang mati kerana lebih pening nanti.