Apakah bom hidrogen dan sejauh mana kekuatannya? Jika sebelum ini aku hanya tahu bom atom adalah bom paling kuat seperti yang digunakan Amerika Syarikat ketika perang dunia kedua yang memusnahkan dua bandar di Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki.
Tetapi rupa-rupanya ada bom yang jauh lebih kuat daripada bom atom iaitu bom hidrogen. Malah kekuatan bom hidrogen adalah 1000 kali ganda lebih kuat daripada bom atom!
Sebenarnya dunia ketika ini risau dengan Korea Utara yang telah menguji kekuatan bom hidrogen yang diletupkan di bawah tanah.
Mana tak risau buatnya Korea Utara “masuk air” dihantarnya bom hidrogen ke negara yang tak sebulu dengan mereka itu barulah dikatakan bala!
Tambahan pula, Malaysia pun bukan negara yang mesra dengan mereka lagi sejak kes pembunuhan warga Korea Utara di sini.
Apakah Bom Hidrogen? Bagaimana Ianya Dihasilkan?
- Mempunyai daya ledakan disebabkan pelakuran nukleus hidrogen.
- Dalam istilah sains, bom hidrogen mempunyai ledakan yang sangat kuat menerusi tenaga diperoleh ketika atom hidrogen membentuk helium.
- Tindak balas pelakuran atom ini menyamai tindak balas yang berlaku di bintang seperti matahari iaitu ketika tekanan graviti yang memaksa atom hidrogen bergabung.
- Antara individu bertanggungjawab mengembangkan bom hidrogen ialah J Robert Oppenheimer yang dikenali sebagai bapa kepada bom atom.
Bila Kali Pertama Bom Hidrogen Dicipta?
Siapa yang mencipta bom hidrogen yang sangat bahaya ini?
Menurut sejarah, Selepas Soviet Union berjaya meledakkan bom atom pada 1949, Presiden Harry S Truman mengarahkan projek bom hidrogen dimulakan.
Bantuan pakar matematik kelahiran Poland, Stanislaw Marcin Ulam membantu mencipta model bom hidrogen dikenali dengan rekaan Teller-Ulam.
Mesti Baca: Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia
Negara Yang Memiliki Bom Hidrogen Di Dunia
Memang tidak syak lagi kuasa-kuasa besar dunia memiliki bom hidrogen tetapi Korea Utara yang mana rakyatnya diancam kebuluran pun memiliki kemampuan menghasilkan bom hidrogen kerana mereka amat mementingkan kekuatan tentera berbanding perut rakyat mereka.
- Amerika Syarikat
- Rusia
- Britain
- Perancis
- China
- Korea Utara
Itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan tentang apakah bom hidrogen dan kekuatannya.
Dengan kuasa ledakan melebihi 1,000 kali ganda berbanding bom atom, ternyata bom hidrogen sangat berbahaya dan memberi ancaman kepada seluruh penduduk dunia.
Sebenarnya, dalam isu Korea Utara, mereka tidak lebih daripada sekadar menunjukkan kepada dunia jangan usik mereka dan biarkan mereka hidup dengan cara mereka.
Menunjukkan kekuatan ketenteraan adalah strategi untuk menakut-nakutkan musuh, mungkin mereka sebenarnya tidak kuat seperti yang disangka.’
Apapun, orang kata jangan usik harimau yang sedang tidur, mana tahu Korea Utara “masuk air” diserangnya negara yang tak sebulu dengan mereka termasuk Malaysia (mungkin)