Banyak punca aircond kereta tak sejuk seperti paip bocor, cooling coil, fius, magnet, relay, gas kurang dan lebih parah compressor rosak. Aku nak cerita sikit pengalaman aircond Viva tak sejuk. baru sahaja berlaku.
Aku baru sahaja beli kereta terpakai jenis Perodua Viva tahun 2010, beli sebab ganti kereta wira aku yang tenggelam banjir besar Temerloh hujung tahun 2021. Walaupun kereta terpakai tetapi cantik dengan cat baru dan bumper viva Elite. model yang aku beli bukan jenis viva Elite tetapi pemilik asal dah tukar siap bumper Elite.

Artikel Berkaitan: Gear Alza Kosong. Gearbox Rosak? Jangan Panik ….
Artikel Menarik: Kipas Siling Bunyi Bising. Apa Sebab Dan Cara DIY?
Artikel Menarik: Jenis Mimpi Dalam Islam. Sebab Dan Tindakan Selepas Mimpi
Terus kepada tajuk. Apa kes aircond viva tak sejuk? sebenarnya sebelum itu aku dah rasa perubahan kepada aircond. Rasa tak berapa sejuk, sampai akhirnya hanya angin panas yang keluar, orang kata angin blower saja.
Ingat lagi sewaktu pulang daripada kerja dengan anak. Berpeluh kami dalam kereta sebab aircond rosak. Kebetulan hari panas pula. Aku dah terbayang kos yang perlu dikeluarkan untuk baiki aircond. Mahu RM500 juga terbang kalau compressor aircond yang rosak.
Aircond Viva Tak Sejuk. Apa Sebab?
Ok, pendekkan cerita. Aku bawa viva tersebut jumpa dengan kawan pomen. Aku memang pegang dia saja kalau apa-apa kerosakan yang melibatkan aircond. Aku lebih percayakan orang yang kita kenal sebab mungkin dia tak tergamak nak kencing kita.
Sekejap saja pomen cek dah tahu apa masalah aircond viva tak sejuk. Dia letak buih sabun sikit kat paip aircond nampak ada buih atau gelembung udara keluar daripada celah paip. Nah! ini dia masalahnya. PAIP AIRCOND BOCOR!

Kredit Imej: Pezal Auto Aircond
Sebab itu, aircond panas. Gas aircond keluar melalui celah paip yang bocor. Hanya angin kosong saja masuk dalam kereta tetapi gas aircond tak ada.
Ok. selamat ….. maknanya kos untuk baiki tak cekik darah, hanya tukar paip saja. Kos dalam RM130 saja dan tukar pun sekejap lebih kurang setengah jam saja.
Aku tanya kawan pomen ada kemungkinan rosak benda lain. Dia cakap aircond susah nak rosak kecuali tak pernah servis. Compressor aircond pun susah nak rosak cuma banyak kes cooling coil yang tersumbat sebab bila tak pernah servis habuk melekat banyak pada cooling coil menyebabkan aircond tak rasa.
Aku rasa cukuplah setakat ini. Aku cuma nak ceritakan pengalaman aircond viva tak sejuk saja. Setiap orang lain pengalaman yang dia rasa, anda semua boleh Google masalah aircond kereta jika terjadi. Nasihat aku carilah pomen yang anda percaya. Pegang dia saja sebab bila kita selesa dengan dia pasti pomen tersebut selesa dengan kita dan tak tergamak nak kencing.
Pingback: Tarikh Mengundi PRU15 Dah Tahu. Nak Undi Siapa? - From Temerloh With Love