Habis Sudah Aidilfitri 2019. Selamat Bekerja.

Ketika aku menulis artikel ini kita sudah memasuki hari ke-4 Aidilfitri 2019. Sekejap sangat rasanya, dalam tak sedar cuti sudah mahu habis broooo….

Alhamdulillah Aidilfitri tahun ini disambut meriah dengan persiapan ala kadar dan termampu, lagipun aku kena beringat kerana bakal menyambut kedatangan orang baru yang memeriahkan lagi keluarga kecil aku.

Aidilfitri 2019

Bersama ibu tersayang

InsyaAllah bulan 10 nanti keluar seorang lagi anak aku yang menjadikan 3 orang semuanya. Lelaki atau perempuan belum pasti, setakat ini kedua-dua anak aku lelaki, harap yang ini perempuan dan bagi aku tutup kilang sudah. Jika ditakdirkan lelaki, kilang tetap tutup operasi.

Habis Sudah Aidilfitri 2019. Selamat Bekerja!

Balik semula bab berhari raya. Kebanyakan warga kota sudah mula kembali ke kota, menghadap kesesakan lebuh raya yang melelahkan kerana cuti raya sudah habis bro…..

Memang seronok menyambut hari raya bersama keluarga di kampung, berkumpul bersama adik beradik dan saudara mara.

Mesti Baca: Jom Tengok  6 Tempat Menarik Di Temerloh

Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap

Aidilfitri 2019

                         Bersama keluarga mertua

Tetapi masa terasa cepat sangat berlalu, lambaian pejabat dan tempat kerja sudah mula memanggil. Ahhhhh….. Terasa malasnya nak kembali bekerja selepas seminggu bercuti tetapi mujur aku bekerja di kampung sendiri, tak perlu memikirkan kesesakan jalan raya seperti orang lain.

Bertabahlah! Hari raya setahun sekali. Memang sakit kepala memikirkan lebuh raya yang sesak tetapi hadap sekali itu sahaja.

Cukuplah setakat ini coretan Aidilfitri 2019. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Selamat kembali bekerja dan jumpa lagi Aidilfitri tahun depan. InsyaAllah….

Mesti Baca: Hukum Memberi Duit Raya. Sama Budaya Angpow?

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *