Kadar Zakat Fitrah Pahang 2018 Kekal RM7

Kadar bayaran zakat fitrah Pahang 2018 kekal RM7 sejak 2009 berdasarkan harga beras ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Bagi yang berkemampuan boleh menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah melalui amil-amil yang dilantik oleh MUIP.

Fakta Zakat Fitrah Pahang 2018

 Zakat Fitrah Pahang 2018

Mesti Baca: 5 Rahsia Dan Khasiat Kurma Yang Kita Tidak Tahu

  • Seramai 914 amil ditauliahkan untuk melaksanakan kutipan zakat fitrah di seluruh Pahang
  • MUIP juga menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian sebagai pilihan kepada masyarakat Islam
  • individu yang enggan membayar zakat fitrah boleh disabitkan kesalahan mengikut Seskyen 40 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali
  • Individu yang didapati mengutip zakat fitrah tanpa kebenaran MUIP boleh didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali – Sumber Artikel

Jika berkesempatan buat bayaran zakat fitrah di awal Ramadhan ini kerana apabila masuk saat akhir takut terlupa, kesibukan mencari persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri atau pusat membayar zakat fitrah sibuk dengan orang ramai.

Pengalaman aku sendiri pernah bayar zakat fitrah pada malam terakhir Ramadhan terpaksa beratur panjang. Cukuplah sekali, sekarang aku pastikan bayar zakat fitrah sekurang-kurangnya seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Kadar zakat fitrah Pahang 2018 masih kekal RM7 selama 10 tahun. Tunaikan kewajipan jika anda seorang yang berkemampuan ok 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *