Yahudi Bersedia Menunggu Hari Kiamat. Tengok Apa Mereka Dah Buat….

Tahukah anda Yahudi bersedia menunggu hari kiamat? Apabila disebut Yahudi umat Islam seluruh dunia akan manyirap atau naik darah dengan kaum yang satu ini terutama isu melibatkan konflik Palestin-Israel.

Macam-macam usaha dilakukan seperti boikot produk yang ada kaitan dengan Israel seperti memboikot McDonald’s dan sebagainya.

Yahudi Bersedia Menunggu Hari KiamatSerius! aku macam tak berapa setuju boikot McDonald’s di Malaysia kerana pemilik francais McDonald’s Malaysia adalah orang Islam dan majoriti pekerja juga orang Islam tetapi entahlah dah itu saja yang orang kita nampak. Produk lain tak kena boikot pula. Pilih kasih..

Ok aku nak bercerita bab Yahudi pula. Aku baru saja terbaca di Utusan Online yang orang Yahudi ini lebih bersedia menghadapi hari kiamat berbanding orang Islam sendiri. Benarkah begitu?

 

Israel Akan Dilenyapkan Daripada Peta Dunia!

Sabda Rasulullah s.a.w,

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin berperang dengan Yahudi. Maka kaum Muslimin membunuh mereka sehingga ada seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohon, dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, ke mari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” – Riwayat Muslim

Berdasarkan sabda Rasulullah di atas, apakah yang kita nampak?

Apa yang aku faham tidak terjadi hari kiamat melainkan orang Yahudi dibunuh dan dihapuskan daripada muka bumi. Itu bermakna Israel dilenyapkan daripada peta dunia!

Tetapi, adakah semua orang Yahudi akan dihapuskan? TIDAK kerana bukan semua orang Yahudi adalah apa yang kita nampak hari ini kerana masih segelintir orang Yahudi yang masih beriman dengan kitab Taurat yang dibawa Nabi Musa a.s.

Golongan kecil Yahudi ini digelar Yahudi Heradi. Mereka tidak pernah bersetuju dengan apa yang dilakukan orang Yahudi lain di muka bumi sekarang ini.

Yahudi Bersedia Menunggu Hari Kiamat?

Tahu tak orang Yahudi sedang sibuk buat apa ketika ini? Kalau nak tahu mereka sedang sibuk menanam pokok Gharqad!

Jelas di sini, orang Yahudi sendiri mempercayai kebenaran agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka sedar hanya pokok Gharqad yang turut dikenali sebagai pokok Yahudi akan melindungi mereka semasa orang Islam memerangi mereka nanti.

Yahudi Bersedia Menunggu Hari Kiamat

            Orang Yahudi di Israel sibuk menanam pokok Gharqad

Sebab itu, mereka ketika ini sedang sibuk menanam pokok Gharqad di Israel yang boleh dijadikan tempat mereka bersembunyi nanti semasa dihambat tentera muslimin.

Nampaknya, orang Yahudi bersedia menunggu hari kiamat berbanding orang Islam sendiri yang masih leka dengan nikmat dunia dan sibuk bermain Facebook!

Apa yang kita lihat daripada perbuatan orang Yahudi ini sepatutnya lebih menyedarkan kita yang hari kiamat sebenarnya sudah semakin dekat kerana apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. sudah banyak terjadi sekarang ini – Artikel penuh daripada Utusan Online

Apapun, nasihat aku kepada semua dan diri aku sendiri, Yahudi bersedia menunggu hari kiamat. Kita bila lagi? Harap kita semua cepat tersedar sebelum ianya sudah terlambat!

5 comments on “Yahudi Bersedia Menunggu Hari Kiamat. Tengok Apa Mereka Dah Buat….

  1. Pingback: Tahu Tak Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia? - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Dah Dengar Klip Video Whatsapp Rosmah Mansor Berpoya-Poya? - From Temerloh With Love

  3. Pingback: Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 15 Mei Dan Lokasi Melihat Anak Bulan - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Cipta Sejarah Dua Kali PM - From Temerloh With Love

  5. Pingback: Hukum Bernikah Wanita Hamil Akibat Zina • Carian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *