Video Datuk Farid Kamil Pakai Baju Lokap

      No Comments on Video Datuk Farid Kamil Pakai Baju Lokap

Video Datuk Farid Kamil Pakai Baju Lokap. Semalam dunia hiburan dikejutkan dengan berita seorang pelakon dan pengaraha terkenal tanah air iaitu Datuk Farid Kamil menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam yang berada dalam balai polis.

Berita ini sangat cepat tersebar terutama melalui aplikasi Whatsapp dan orang ramai mula bercerita apa dah jadi kepada Datuk Farid Kamil yang selama ini dilihat memiliki imej dan perwatakan bersih?

Video Datuk Farid Kamil Pakai Baju Lokap

Nak dijadikan cerita itu lebih sensasi, Datuk Farid Kamil bukan sahaja bertindak kasar terhadap penjawat awam dan orang awam malah beliau didakwa mengambil dadah jenis ganja selepas ujian saringan air kencing dilakukan selepas insiden tersebut.

Jika sebelum ini, orang ramai mempertikaikan apakah sumbangan beliau kepada negara dan rakyat Pahang sehingga boleh dapat gelaran Datuk tetapi biarlah orang banyak duit itu hal dialah, kali ini kejadian yang menimpa beliau lebih parah kerana melibatkan soal dadah!

Bertindak kasar terhadap penjawat awam dan orang awam serta bersalah mengambil dadah sudah tentu berat juga hukuman yang Datuk Farid Kamil  dapat nanti kalau dibuktikan bersalah.

Sebenarnya, sebelum ini aku tak berapa minat sangat dengan Datuk Farid Kamil tetapi selepas menonton filem Anak Halal, aku terus menjadi antara peminat beliau.

Video Datuk Farid Kamil Pakai Baju Lokap

Aduhai…. sayang sungguh. Rupa ada, duit banyak, isteri lawa dan bukan orang biasa (Diana Danielle), dapat datuk dan anak datuk juga dan apa-apa lagilah.

Sebut bab Diana Danielle ini. katanya beliau dah tutup semua ruangan komen di laman sosial beliau kerana tidak mahu menjawab isu yang terpalit kepada suamiya.

Sudah tentu beliau mahukan ketenangan dan mahu siasatan lanjut dijalankan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan, isteri mana tak sayang suami dan bapa kepada anak-anaknya. Kita tak tak tahu apa yang dia rasa dan bagaimana nak tempuh semua ini sebagai orang yang dikenali di negara kita.

Video Datuk Farid Kamil Pakai Baju Lokap

Dah melalut jauh pula aku. Sebenarnya aku nak “post” video Datuk Farid Kamil pakai baju lokap dan direman empat hari bagi membantu siasatan kes tampar polis, menyerang orang awam dan mengambil dadah jenis ganja.

Nampak mukanya agak ego juga dalam video tu. Maklumlah orang terkenal ada gelaran Datuk dan anak Datuk betul tak?

Harap beliau tak bersalah dalam kejadian ini. Tetapi, jika benar beliau bersalah lantaklah kau labu. Siapa suruh cari penyakit betul tak?

Jom tengok video Datuk Farid Kamil pakai baju lokap yang aku ambil daripada Facebook Jom Tekan Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *