Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Cipta Sejarah Dua Kali PM

Selepas hari pengundian PRU14 pada 09 Mei, bermulalah pelbagai episod dan drama sementara menunggu parti mana yang layak membentuk kerajaan dengan sekurang-kurangnya majoriti mudah sebanyak 112. Belum pernah terjadi proses pengiraan undi dalam PRU memakan masa sehingga lewat pagi. Kalau tak silap aku dalam pukul 4 pagi baru dapat keputusan Pakatan Harapan menang dengan majoriti mudah untuk memberi laluan membentuk kerajaan baru seterusnya menobatkan Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7. Syabas Tun M!

Aku rasa jutaan rakyat Malaysia berjaga malam tadi sampai lewat pagi sebab teruja dengan saingan sengit PRU14 di antara parti-parti yang bertanding. Siapa sangka Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Sri Najib Tun Razak gagal mempertahankan kepimpinan Barisan Nasional yang bertahan selama 61 tahun!

Pasti ianya akan menjadi lipatan sejarah dan terpahat dalam memori rakyat Malaysia yang mana inilah kali pertama Perdana Menteri Malaysia kalah Pilihan Raya Umum dan paling istimewa individu yang pernah menjadi Perdana Menteri dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri dalam usia 93 tahun!

Mesti Baca: Yahudi Bersedia Tunggu Hari Kiamat. Tengok Apa Mereka Dah Buat!

Banyak kejutannya PRU14. Johor kubu kuat BN sekian lama akhirnya tumbang kepada pakatan pembangkang dengan Menteri Besar gagal menang di Parlimen dan DUN. Selain itu, Melaka dan Negeri Sembilan juga dirampas oleh Pakatan Harapan. Barisan Nasional hanya mampu memerptahankan Perlis dan Pahang sahaja. Kemungkinan mereka akan membentuk kerajaan campuran di Perak dan Sabah. Kedah pula tak pasti lagi kedudukannya. Nanti aku kemaskini apabila dapat pengesahan.

Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Cipta Sejarah Dua Kali PM

Pakatan Harapan yang dahulunya Pakatan Rakyat telah berusaha banyak kali untuk merampas kerajaan Barisan Nasional tetapi gagal walaupun dipimpin oleh individu hebat iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim yang kini merengkok di penjara.

Apa yang mengejutkan, Tun Dr Mahathir boleh bergabung semula dengan musuh politiknya Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk membentuk gandingan mantap dan kuat bagi merampas Putrajaya daripada BN.

Tun Dr Mahathir memang hebat! sekali masuk sahaja pakatan pembangkang terus berjaya menumbangkan Barisan Nasional. Jangan main-main dengan pengaruh orang tua yang berusia 93 tahun yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan baru Pakatan Harapan.

Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7

   Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Kredit tetap diberikan kepada pencetus Pakatan Harapan iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim kerana tanpa beliau pembangkang tidak sekuat sekarang. Tun Dr Mahathir diibaratkan meneruskan apa yang telah diusahakan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Memang rakyat Malaysia masih terkejut sebenarnya sebab tak sangka Barisan Nasional tumbang selepas 61 tahun memerintah negara. Ianya ibarat mimpi apabila disahkan Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7 dalam usia 93 tahun. Aku rasa dunia barat pun terkejut!

Terima Kasih Barisan Nasional! Jasamu Tetap Ku Kenang….

Walaupun Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru janganlah kita melupakan jasa-jasa Barisan Nasional.

Kalau benci sangatpun kenanglah juga apa kebaikan yang pernah kita dapat sepanjang 61 tahun pemerintahan mereka kerana harus diingat Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri ke-4 daripada Barisan Nasional dahulu. Kemajuan yang dikecapi Malaysia sekarang adalah hasil daripada 22 tahun kepimpinan Tun Dr Mahathir di bawah Barisan Nasional dahulu.

Pada pendapat aku, Barisan Nasional sekarang bukan lemah! tetapi rakyat dah tak tahan dengan bermacam-macam skandal yang tak tahu hujung pangkal, kes tutup!

Malangnya juga Datuk Sri Najib dikelilingi oleh pengampu-pengampu yang hanya menjanjikan berita yang sedap didengar walhal sebaliknya.

Datuk Sri Najib sebenarnya pemimpin yang bagus! serius aku cakap sebab beliau adalah Menteri Besar Termuda dalam sejarah kerana beliau pernah menjadi Menteri Besar Pahang dalam usia 28 tahun.

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh

Tetapi sejak menjadi perdana menteri beliau banyak terpalit dengan isu dan skandal yang memualkan. Entah betul entah tidak tetapi banyak yang tidak mendapat jawapan yang memuaskan daripada beliau, Itulah kesilapannya….

Aku percaya jika Datuk Sri Najib meletak jawatan sebelum PRU14 Barisan Nasional tidak akan kalah teruk sebegini rupa. Penolakan Barisan Nasional lebih kepada imej beliau yang telah buruk.

Ini hanya pendapat aku saja. Mungkin anda tidak setuju?

Apapun, aku harap mana-mana idea yang bagus daripada pembangkang iaitu Barisan Nasional boleh diteruskan oleh kerajaan sekarang. Tak semuanya buruk betul tak?

Sebagai contoh, UTC.. ini satu projek berorientasi kepada kemudahan rakyat dan aku sangat setuju!

Oklah, cukup sudah. Tamat PRU14. Jangan gaduh-gaduh!

Kepada Barisan Nasional jadilah pembangkang yang bagus dan kembali dalam PRU15 lebih kuat untuk mencabar kerajaan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan pula berusahalah menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional. Anda telah mendapat mandat daripada rakyat setelah 61 tahun mencuba. Galas sebaik mungkin  kerana rakyat akan memerhatikan penggal pertama anda sebagai kerajaan bermula hari ini.

Sekali lagi, tahniah Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke-7. Anda telah mencipta sejarah!  Jadikan negara lebih hebat walaupun kita tahu anda tidak lama memegang jawatan PM. Tak kisahlah, janji rakyat senang sudah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *