Temerloh Titik Tengah Semenanjung, Siapa Yang Cakap?

Temerloh titik tengah Semenanjung juga merupakan salah satu pengenalan kepada daerah ini selain daripada jolokan Temerloh Bandar Ikan Patin.

Sebagai anak jati Temerloh, aku berasa bangga kerana daerah ini ibarat pintu keluar masuk dari arah utara, selatan, timur dan barat.

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Cuma, aku sedikit sedih melihat pembangunan daerah Temerloh sebagai titik tengah semenanjung agak perlahan tidak segah namanya dan sesuai dengan status perbandaran.

Berbalik kepada titik tengah semenanjung, entah mengapa aku rasa dan perhatikan “tagline” bandar ikan patin tu lagi kuat daripada titik tengah semenanjung.

Apabila ditanya orang luar, gulai patin tempoyak temerloh paling sedap di dunia katanya, tak disebut pula titik tengah semenanjung tu.

Makan juga ingatnya 🙂

Temerloh Titik Tengah Semenanjung. Buktikan…

Aku tak nak cerita pasal ikan patin tetapi tentang Temerloh titik tengah semenanjung. Apa buktinya? Di mana lokasinya yang mengesahkan Temerloh sebagai pusat dan titik tengah itu?

Daerah Temerloh bukan sesuka hati meletakkan gelaran sebagai titik tengah semenanjung tetapi ianya telah disahkan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) yang mengesahkan dan mengiktiraf:

Kampung Paya Siput, Lanchang sebagai titik tengah semenanjung Malaysia

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Batu penanda yang diletakkan JUPEM di Kampung Paya Siput sebagai bukti Temerloh titik tengah semenanjung

Sebenarnya, ramai yang keliru mengatakan titik tengah semenanjung sama ada di daerah Lipis atau Maran tetapi dengan bukti yang disahkan oleh JUPEM memang tidak dapat disangkal lagi kerana mereka menentukan arah titik tengah semenanjung melalui empat mata arah utama dan jelas Kampung Paya Siput, Lanchang dalam daerah Temerloh adalah pusat semenanjung.

Mesti Baca: Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh

Ok itulah serba sedikit yang dapat aku sampaikan bab Temerloh titik tengah semenanjung ini.

Sebenarnya, aku menaip entri ini menggunakan telefon saja, memang ringkas. Nanti aku akan cerita banyak lagi perihal daerah Temerloh titik tengah semenanjung Malaysia ok 🙂

2 comments on “Temerloh Titik Tengah Semenanjung, Siapa Yang Cakap?

  1. Pingback: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Asal Usul Temerloh Dari Kuala Semantan - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *