Aku Ada Tanda-Tanda Ketagih Internet?

      1 Comment on Aku Ada Tanda-Tanda Ketagih Internet?

Tahu tak tanda-tanda ketagih internet? Internet dengan manusia memang tak dapat dipisahkan. Boleh dikatakan sekarang ini kita sudah masuk tahap ketagihan internet. Tak payah tengok jauh, aku sendiripun kalau tak ada internet mahu masam mencuka sepanjang hari.

Bagaimana orang dahulu boleh sahaja hidup tanpa internet? Bahagia sahaja hidup mereka…. Aku tak dapat bayangkan bagaimana generasi mak ayah kita dahulu hidup macam tu…. dan mak aku sendiri pun masih tak tahu menggunakan henpon walau bermacam-macam jenis henpon anak-anak belikan untuk dia 🙂

Tetapi….. jangan bandingkan hidup dahulu dan sekarang. Zaman berubah begitu juga dengan teknologi. Zaman sekarang orang panggil dunia di hujung jari, dunia tanpa sempadan dan macam-macam gelaran lagi.

Tanda Ketagih Internet

Kita kena nikmati kemajuan dan perubahan zaman. Kalau tak buat apa manusia susah-susah cipta roket semata-mata nak pergi ke bulan betul tak?

Dan kerana teknologi itulah sekarang fitnah semakin berleluasa, semakin maju teknologi manusia, semakin teruk perilakunya. Bayangkanlah, orang boleh buat “live” membunuh diri, cara merompak atau cara buat senjata. Itulah bahaya media sosial terutamanya.

Ehhhhh.. aku dah melalut jauh pula. Sebenarnya aku nak cerita bab tanda-tanda ketagihan internet. Aku memang tak boleh hidup tanpa internet, tak tengok TV tak kisah langsung tetapi jangan tak ada internet. Jadi, aku pun tergolong dalam manusia ketagih internet 🙂

Ketagih Internet Mesti Ada Sebabnya…..

Statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 2014 menunjukkan terdapat 20.1 juta pengguna Internet di Malaysia yang 59 peratus daripadanya di bawah umur 30 tahun.

Daripada statistik MCMC itu, kita boleh lihat bagaimana besarnya pengaruh internet kepada golongan muda. Mereka inilah golongan yang tak boleh hidup tanpa internet dan mengalami simptom ketagihan internet.

Tanda Ketagih Internet

Buruknya ketagihan internet ini menyebabkan kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk melayari internet. Emmmm… mujur aku tak begitu sangat sebab aku kerja siang hari, malam baru boleh layan internet sampai tidur 🙂

  • Ketagihan seks seperti melayari laman web lucah
  • Terlalu bergantung dengan internet untuk mencari maklumat
  • Terlalu taksub dengan perisian komputer, ciri cip komputer dan kad, sistem bunyi dan lain-lain.
  • Ketagih dengan permainan siber atau permainan online

Kalau Itu Sebabnya…. Apa Pula Tanda-Tanda Ketagih Internet?

Tahu tak bahayanya ketagih internet? Aku pernah terbaca sedikit masa dahulu ada remaja yang mati depan komputer kerana terlalu asyik menghadap permainan online 24 jam sampai tak ingat makan dan tidur. Parah betul!

Berbalik kepada tanda-tanda ketagih internet, ada macam-macam tanda yang kita boleh nampak. Mungkin kita pun tak sedar yang kita tergolong dalam manusia yang ketagihan internet.

  • Mengabaikan kerja (prestasi kerja merosot) dan banyak memegang telefon semasa sedang bekerja
  • Keluarga terabai (asyik hadap media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya), dapur tak berasap, mak ayah anak senyum senyum kambing sorang-sorang semasa melayari internet.
  • Sikit-sikit buka Google untuk cari maklumat walaupun perkara remeh seperti cara menumbuk sambal belacan, boleh tanya orang tua betul tak? Itu pun nak Google.
  • Masa untuk hadap internet lebih lama daripada masa melayan keluarga. Ini yang paling parah. Ada yang habiskan 24 jam sehari hanya melayari internet. Berak pun tempat tidur kot.
  • Kurang bersosial. Mereka lebih banyak bersosial dengan kawan di alam maya saja dan mengabaikan kawan dalam dunia nyata.
  • Kerap menangguhkan urusan harian sama ada di tempat kerja atau pun di rumah.

Mesti Baca: 5 Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Tanda Ketagih Internet

Sebenarnya, ada banyak lagi tanda-tanda ketagih internet. Tak perlu kaji orang lain, tengok diri sendiri dah cukup dan tanya adakah aku ketagih internet?

Kalau gunakan internet untuk buat duit dengan Affiliate, buat duit online atau mencari pendapatan tambahan tak mengapa tetapi jangan terlalu asyik dengan internet sudahlah ok 🙂

1 comment on “Aku Ada Tanda-Tanda Ketagih Internet?

  1. Pingback: Apa Itu LGBT? Facebook "Ban" Surat Terbuka Doktor Menentang LGBT • Carian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *