Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia

      3 Comments on Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia

Apakah Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia? Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kematian tragis seorang kanak-kanak kerana terkena tembakan senjata api secara tidak sengaja apabila senjata api tersebut terjatuh.

Sebab itu kena hati-hati apabila mengendalikan senjata api, tidak boleh letak sebarangan kerana kita tak tahu bala yang akan datang.

Harap selepas ini semua orang yang memiliki senjata api sentiasa berwaspada selepas peristiwa tragis kematian kanak-kanak akibat tembakan senjata api tersebut.

Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia

Bukan senang hendak mendapatkan lesen memiliki senjata api tambahan pula selepas kejadian kematian kanak-kanak tersebut katanya kerajaan akan mengetatkan lagi syarat memiliki senjata api di Malaysia.

Mesti Baca: Permohonan Online Dan Manual BR1M 2018 Dibuka Sehinga 28 Disember 2017

Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia

Jom kita lihat syarat-syarat memiliki senjata api di Malaysia yang aku petik daripada Portal  Rasmi Polis Diraja Malaysia

i) Permohonan Memiliki Lesen Senjata Api Bagi Individu

1. Permohonan Baru Lesen Senjata Api

Bagi individu yang ingin membuat permohonan kali pertama atau baru lesen senjata api, perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

2. Pembaharuan Lesen Senjata Api

Bagi individu yang ingin memperbaharui lesen senjata api yang sedia ada, perlulah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

3. Pindah Milik/Memiliki Senjata Api

Bagi individu yang ingin membuat pindah milik senjata api daripada seorang individu kepada individu yang lain ataupun individu yang ingin memiliki senjata api yang mana pemilik asal telah meninggal dunia, perlulah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

4. Kedai Berniaga Senjata Api

5. Carry & Use (C&U)

Bagi individu yang ingin memohon lesen carry & use (c&u) senjata api, perlulah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

Kesemua borang / senarai semak yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah tempat di mana pemohon bermastautin.

Mesti Baca: Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian Tanah? Yang Mana Satu?

Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia

ii) Permohonan Memiliki Lesen Senjata Api Bagi Syarikat/ Kelab/Persatuan

Bagi syarikat kawalan keselamatan / syarikat / persatuan / kelab yang ingin memohon baru lesen senjata api, perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

Kesemua borang permohonan individu/syarikat/jabatan dan dokumen-dokumen mengikut senarai semak yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah di mana pemohon tinggal / syarikat / jabatan tersebut dialamatkan

Jenis – Jenis Senjata Api / Undang – Undang Berkaitan

  • Pistol / revolver
  • Shortgun / pumpgun
  • Rifle
  • Fire launcher
  • Pistol pelepas
  • Spare barrel
  • Fastening tools
  • Air taser

Undang Undang Berkaitan

  • Akta Senjata 1960 (Akta 206)
  • Akta Senjata API (Penalti Lebih Berat) 1971
  • Akta Agensi Persendirian 1971
  • Lain – Lain Undang dan Peraturan Bertulis yang Diwartakan

Itulah syarat memiliki senjata api di Malaysia yang aku petik daripada Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia.

Dan selepas kejadian kanak-kanak tertembak senjata api secara tidak sengaja baru-baru ini, syarat-syarat memiliki lesen dan senjata api akan lebih diperketatkan.

Bagi yang memiliki senjata api tolonglah beringat! Jangan sesekali meletakkan senjata api di tempat yang boleh dijumpai atau dicapai kanak-kanak dan tolong… tolong… tolong… berwaspada apabila membawa senjata api itu ke mana-mana.

3 comments on “Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia

  1. Pingback: Apakah Bom Hidrogen? Sekuat Bom Atom Tak? - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Peta Malaysia Mungkin Disemak Semula • Carian Semasa

  3. Pingback: Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018. Perancis Atau Croatia? • Carian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *