Tak Semua RTM Astro Arena Ambil Siaran Langsung Piala Dunia 2018

Kerajaan mengumumkan akan menyiarkan siaran langsung Piala Dunia 2018 Rusia melalui RTM tetapi sayangnya mereka tidak menyiarkan semua perlawanan terutama membabitkan nama-nama besar seperti Argentina, Brazil, Jerman dan England.

Arghhhhh…. tentu kecewa betul tak? Begitu juga dengan Astro Arena 801 juga tidak menyiarkan perlawanan membabitkan pasukan tersebut.

Suka atau tidak, nak atau tak nak terpaksa langgan saluran berbayar Astro Super Sport kalau nak tengok semua siaran langsung Piala Dunia 2018.

Mesti Baca: Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia)

Aku? Ya aku ada Astro tetapi tak ambil saluran sukan sebab bukan tengok sangat TV tetapi apabila berlangsungnya Piala Dunia ini rasa macam nak ambil tetapi tak berbaloi pula langgan sebulan sahaja semata-mata nak tengok Piala Dunia.

Alternatif Tengok Siaran Langsung Piala Dunia 2018?

Tengok kedai makan, tengok rumah orang atau layan sahaja “Live Streaming” sebab aku ada WIFI Streamyx di rumah. Cuma yang tak syoknya tengok melalui Laptop gambar kecil dan kebarangkalian talian internet terputus-putus juga tinggi.

Siaran Langsung Piala Dunia 2018

Tetapi itu sahaja pilihan yang ada. Suka ke tak aku terpaksa janji dapat tengok nama-nama besar beraksi. Aku TIDAK mahu mengeluarkan duit lebih semata-mata demi bola sepak selama sebulan 🙂

Mujur juga aku dapat melihat siaran langsung Piala Dunia 2018 bagi pasukan pilihan aku, Portugal melalui Astro Arena baru-baru ini. Mungkin yang terakhir kot?

Mesti Baca: Berapa Harga Beli Datuk? Di Mana Boleh Beli?

Mesti Baca: Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda-Tanda Gearbox Rosak

Selepas habis perlawanan peringkat kumpulan, pasukan yang layak akan meneruskan aksi dalam peringkat kalah mati untuk ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Apa yang aku risaukan RTM dan Astro Arena akan memilih perlawanan tertentu sahaja. Bayangkan suku akhir Brazil lawan Portugal hanya boleh disaksikan melalui saluran berbayar Astro Super Sport sahaja tentu mengecewakan.

Jangan banyak songeh.

Kalau nak sangat tengok semua siaran langsung Piala Dunia 2018 waktu Malaysia sila ambil pakej berbayar di Astro Super Soprt ok.

Aku tak mahu sebab aku layan “Live Streaming” sahaja sebab WIFI ada.

Cukuplah janji dapat tengok sudah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *