Senarai Peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018

      No Comments on Senarai Peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018

Di antara program hiburan paling meletop dan mendapat sambutan hangat adalah GEGAR VAGANZA iaitu sebuah program pertandingan nyayian di antara penyanyi berpengalaman, pernah menghasilkan album dan senang cakap orang lama. Terkini! senarai peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 telah diumumkan. 

Bergegar lagi rumah aku apabila Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 berlangsung nanti. Pendek kata, nak tengok cerita lain memang tak lepas sepanjang GV5 nanti. Emmmm…..

Juara sebelum ini (GV4) masih ingat lagi tak? Aisyah, yang terpalit pula dengan isu masih tak dapat hadiah kemenangan GV4 bersama-sama dengan peserta lain. Harap isu tersebut selesai secara baik.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 5

Antara kelainan dalam Gegar Vaganza 5, penaja utama sudah bertukar daripada Qu Puteh (Datuk Vida) kepada D’Herbs (Datuk Alif Shukri), mungkin isu penaja tak memberikan hadiah kemenangan atau hadiah berbeza menjadi punca pertukaran penaja kali ini?

Apa pun, Gegar Vaganza 5 masih mengekalkan Pengaraca Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Begitu juga juri tetap Gegar Vaganza 5 masih sama iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018

  • Safura
  • Amelina
  • Dia Fadila
  • Hetty Sarlene
  • Zamani
  • Shafie Rio
  • Noryn Aziz
  • Farawahida
  • Maya Matahari
  • Billy Zulkarnain
  • Kumpulan Forteen
  • Kumpulan Elite

Di antara 12 senarai peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 tersebut, siapa yang anda paling kenal atau minat? atau siapa calon juara Gegar Vaganza 5 pilihan anda? boleh tahan juga senarai tersebut.

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Mesti Baca: Masuk Gegar Vaganza Punca Lan Kristal Dibuang?

Kalau melihat kepada senarai tersebut, aku rasa penyayi ZAMANI daripada Kumpulan SLAM adalah calon favourite dan pilihan ramai kot.

Tentangan sengit pasti datang daripada penyanyi berpengalaman yang aku rasa calon juara Gegar Vaganza 5 juga seperti Safura, Amelina, Noryn Aziz.

Saingan daripada penyanyi lain juga tidak boleh dipandang sebelah mata kerana masing-masing ada kekuatan sendiri betul tak?

Kita dah pun tahu senarai peserta Gegar Vaganza 5, tunggu sahaja Konsert Pertama Gegar Vaganza 5 (GV5) 2018 yang akan bersiaran pada 30 September 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *