Harga Tiket Stadium Darul Makmur Turun RM2 Dan Senarai Pemain Pahang 2018

Harga Tiket Stadium Darul Makmur Turun RM2 Dan Senarai Pemain Pahang 2018. Menjelang sepak mula perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2018 yang melibatkan pasukan Pahang menentang Perak di Stadium Darul Makmur pada 04 Februari 2018 ini ada khabar gembira buat peminat pasukan Tok Gajah iaitu harga tiket Stadium Darul Makmur turun RM2 sebagai tanda terima kasih daripada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang atas sokongan peminat selama ini.

Senarai Pemain Pahang 2018

Sumber

Menurut Laman Facebook Pahang FA, harga tiket yang diturunkan sebanyak RM2 ini melibatkan perlawanan dalam kempen Liga Super Malaysia 2018 sahaja dan bagi perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia 2018 pula harga tiket akan dinilai semula.

Perlawanan Pertama Liga Super Malaysia 2018 Pasukan Pahang

9:00 pm

Stadium Darulmakmur, KUANTAN

Pahang vs Perak

Mesti Baca: Kedai Makan Patin Tempoyak Paling Sedap Di Temerloh

Terima kasih Pahang FA! walaupun cuma kurang RM2 sekuarng-kurangnya dapat juga beli air botol mineral semasa menonton perlawanan.

Senarai Pemain Pahang 2018

Berikut adalah senarai pemain Pahang 2018 yang dipetik daripada Laman Web Rasmi Pahang FA. Memang banyak juga perubahan dalam pasukan Pahang untuk musim Liga Super Malaysia 2018 ini. Tetapi, yang penting pemain kesukaan aku Matthew Davies dan Norazam Azih kekal dalam pasukan. Tak lupa juga aku peminat Safuwan Baharuddin dari Singapura tu. Tak sangka pula Pahang ambil beliau musim 2018 ini.

Penjaga Gol

  • Helmi Eliza
  • Mohd Remezey
  • Mohd Wafieyuddin

Pertahanan

  • Matthew Davies (Ketua Pasukan)
  • Ashar Al Aafiz
  • Muslim Ahmad
  • Zubir Azmi
  • Bunyamin Omar
  • Hazri Rozali
  • Faisal Rosli
  • R Dinesh
  • Afif Amiruddin

Pemain Tengah

  • Norazam Azih
  • Faisal Halim
  • Mohamadou Sumareh
  • Safuwan Baharuddin
  • Shahrul Nizam
  • Zuhair Aizat
  • Salomon Raj
  • Wan Zaharul Nizam
  • Chan Vathanaka

Penyerang

  • Norshahrul Idlan Talaha
  • R Kogileswaren

Mungkin senarai pemain Pahang 2018 ini belum dikemaskini sepenuhnya dalam Laman Web Rasmi Pahang FA sebab apa aku perhatikan kouta pemain import itu macam belum lengkap.

Nanti dah ada pengesahan rasmi aku akan kemaskini senarai lengkap pemain Pahang yang akan beraksi dalam Liga Super Malaysia 2018.

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Harapan aku sama seperti penyokong pasukan Pahang yang lain iaitu mahu melihat pasukan Tok Gajah menjadi JUARA Liga Super Malaysia 2018 ini.

Kalau tak dapat sekalipun sekurang-kurangnya berakhir sebagai Naib Juara dan cuba dapatkan paling koman pun satu piala musim ini tak kira Piala FA atau Piala Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *