Aku Kembali Dengan Semangat Baru…

      1 Comment on Aku Kembali Dengan Semangat Baru…

Assalamualaikum.. salam sejahtera dan terima kasih kerana singgah ke blog temerlove.com. Sebenarnya, aku bukan baru dalam arena blogging ini…..  tetapi aku sebenarnya kembali dengan semangat baru untuk kembali menulis blog berbentuk peribadi setelah blog utama aku sebelum ini haslizamjohar.com telah mati kerana “kemalasan” menulis dan membiarkannya mati dan berkubur tanpa nisan.

Arghhhhhh…

Aku ralat kerana blog haslizamjohar.com itu blog yang banyak memberi aku pendapatan sebelum ini tetapi entah mengapa aku membiarkannya mati tanpa sebab selepas aku membuat blog baru berbentuk info semasa dan kerjaya iaitu carianmaklumatsemasa.com, Aku terlalu fokus blog baru dan membiarkan blog personal aku tidak dikemaskini dan mati dengan sendirinya.

Akhirnya….. aku menyesal dan mahu menghidupkan kembali blog haslizamjohar.com tetapi aku menunggu domain tersebut expired dan available semula..

Nak dijadikan cerita….

Setiap hari aku buka name.com nak lihat domain tersebut “available” atau tidak, bukan apa geng rembat domain ini cepat bekerja merembat domain expired.

Tanpa disangka aku lihat domain tersebut “available”.. YES!!!!

Tetapi mungkin kerana kebodohan atau kelembapan aku, konon tunggu sekejap lagi aku beli buat kerja lain sekejap, tanpa disangka TAK SAMPAI 10 MINIT domain haslizamjohar.com SUDAH DIBELI!!

Arghhhhh……..

Lahanat betul geng beli domain expired ini, 10 minit “available” saja ko dah rembat! Domain aku tu!!!

Termenung lama juga aku..

Emmmm… tak ada rezeki aku untuk dapatkan semula domain haslizamjohar.com, ralat sebab sekejap sangat dah kena beli.

Lupakan Kesedihan, Kembali Dengan Semangat Baru

Biarlah… nak buat macam mana benda dah terlepas. Aku nekad mulakan semangat baru menulis blog peribadi tetapi dengan konsep SEMUA ADA.

Mengapa aku pilih temerlove.com sebagai URL blog?

Senang sahaja.. aku berasal dari Temerloh, Pahang yang juga terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin dan Titik Tengah Semenanjung.

semangat baru

Hasrat aku untuk mempopularkan lagi daerah Temerloh ke peringkat antarabangsa. Senang cakap, bila orang google Temerloh, blog aku engkau jumpa untuk mendapatkan info 🙂

“Temerlove” sebenarnya biasa digunakan orang Temerloh terutama golongan muda yang hangat bercinta. Cewahhhh… tetapi aku dah kahwin anak dua (jangan cuba nak try aku)…

Oklah..

Nanti aku akan update lagi macam-macam info tentang daerah Temerloh dan juga pelbagai informasi menarik melangkaui sempadan daerah Temerloh khusus untuk semua.

Dengan semangat baru…

I’m Haslizam.. From Temerloh With Love..

1 comment on “Aku Kembali Dengan Semangat Baru…

  1. Pingback: Hari Pertama 2018 Catatan Pertama.... - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *