Selamat Tahun Baru 2018!

      No Comments on Selamat Tahun Baru 2018!

Tepat jam 12 tengah malam ini.. Selamat Tahun Baru 2018! Bagi aku sendiri apabila masuk tahun baru ini bukan umur sahaja bertambah tetapi tanggungjawab bertambah sebabnya anak sulung aku akan memulakan persekolahan darjah satu.

Jika sebelum ini semasa di tadika PASTI selama 2 tahun aku tak berapa ambil kisah sangat hantar pukul berapa tetapi selepas ini aku kena disiplinkan diri hantar anak masuk sekolah tepat pada waktunya.

Selamat Tahun Baru 2018

Bercakap bab tahun baru 2018 ini, kita mesti berubah. Kalau terus duduk di takuk lama kita akan ketinggalan kerana masa cepat berlalu dan teknologi semain maju. Ubah diri sendiri dahulu sebelum berhajat nak ubah orang lain.

Begitu juga dengan kerajaan sedia ada, nak kekal atau berubah? Ehhhhhhhh……..

Selamat Tahun Baru 2018.. Jom Berubah!

Jika sebelum ini aku rasakan hidup aku banyak ke arah yang sia-sia tertutama bab pengurusan kewangan, tahun baru 2018 ini aku berazam untuk memperbaiki bab pengurusan kewangan.

Serius! bagi aku nak cari duit tak susah tetapi nak jaga duit tu yang susah. Aku tak pandai berniaga jual barang fizikal tetapi aku tahu cara untuk mencari duit online melalui Affiliate dan juga menulis di blog (Google Adsense).

Azam tahun baru 2018 aku nak lebih berhati-hati bab pengurusan kewangan. Target aku dalam tahun baru nanti ada dua:

  • Bayar hutang
  • Simpan duit

Selain bab pengurusan kewangan, sudah tentu aku berharap aku berubah menjadi insan yang lebih baik dan menjadi “role model” kepada keluarga sendiri terutamanya. InsyaAllah…..

Tahun 2018 Berjaga Malam Tengok Piala Dunia

Piala Dunia Russia akan berlangsung dalam tahun 2018 ini. Semua dah tak sabar nak tengok bintang-bintang kesukaan berentap dalam Piala Dunia.

Sebanyak 32 pasukan akan bergasak sesama sendiri untuk menentukan siapa jaguh bola sepak di peringkat dunia.

Mesti Baca: Senarai 32 Pasukan Ke Piala Dunia 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Sayang……. Itali di antara pasukan kegemaran aku tak lepas masuk Piala Dunia sedangkan mereka boleh dikatakan “muka wajib” setiap kali Piala Dunia malah dengan reputasi juara Piala Dunia sebanyak 3 kali kalau tak silap aku.

Aku pilih PORTUGAL juara dunia kali ini. Sebagai juara Eropah mungkin mereka mahu melakar sejarah sama seperti Sepanyol sebelumnya menjurai piala dunia pada masa yang sama menjuarai kejohanan Eropah.

Sebenarnya……… aku minat Cristiano Ronaldo 🙂

Tahun 2018 Siap Untuk Mengundi Pilihanraya Umum Ke-14

Ini yang paling menarik dalam tahun 2018, Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan menentukan parti mana yang layak memimpin negara.

Aku yakin semua dah tak sabar lagi nak memangkah calon pilihan daripada parti kesukaan. Sama ada memangkah sebab minat atau memangkah untuk mengajar parti yang tak disukai.

Jangan memangkah mengikut emosi! Sebelum pergi mengundi, buat pertimbangan terbaik. Jangan memilih kerana minat semata-mata tetapi yang paling penting apa yang parti tersebut tawarkan kepada kita sebagai rakyat Malaysia.

Masuk tahun baru 2018 ini bukan rakyat yang tak tidur malam tetapi ahli politik duduk tak senang, makan tak kenyang dan tidur tak lena selagi tak lepas PRU14.

Selamat Tahun Baru 2018

Kita sebagai rakyat sebenarnya “Raja” yang menentukan siapa yang layak memimpin dan menyenangkan hidup kita dalam tempoh 5 tahun.

Mesti Baca: Lokasi Menarik Sambut Tahun Baru 2018

Sebab itu, asas demokrasi adalah seperti kata-kata pemimpin terkenal Amerika Syarikat satu ketika dahulu iaitu Abraham Lincoln;

Kerajaan Rakyat..

Oleh Rakyat..

Untuk Rakyat..

Tetapi, senario sekarang ahli politik lebih sibuk mengkayakan diri sendiri daripada memikirkan perut rakyat setuju tak?

Kalau anda rasa pemerintah sedia ada yang terbaik pilihlah mereka tetapi kalau anda rasa perubahan mesti dilakukan jangan takut untuk berubah……

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Ok cukup setakat ini penulisan terakhir aku untuk tahun 2017 dalam blog From Temerloh With Love….

Selamat Tahun Baru 2018!

Jumpa lagi tahun depan…

Esok je pun 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *