Resepi Asli Patin Tempoyak Temerloh

      2 Comments on Resepi Asli Patin Tempoyak Temerloh

Nak tahu tak resepi asli patin tempoyak Temerloh? Kalau datang ke Temerloh memang rugi kalau tak merasai kelazatan masakan paling popular di daerah ini iaitu gulai patin tempoyak. Masakan inilah yang mempopularkan daerah Temerloh selain gelaran Titik Tengah Semenanjung. Kerana popularnya ikan patin di sini Temerloh turut mendapat gelaran Bandar Ikan Patin.

Resepi Asli Patin Tempoyak Temerloh

Oklah aku rasa semua dah tahu gelaran-gelaran tu semua. Sekarang aku nak kongsikan resepi asli patin tempoyak Temerloh. Kena tahu juga resepi asli jangan tahu makan sahaja terutama orang Temerloh sendiri. Jangan bangga sangat gulai patin tempoyak Temerloh paling sedap di dunia kalau sebagai orang tempatan tak lahu langsung resepi asli tu.

Resepi Asli Patin Tempoyak Temerloh

Semua orang boleh masak gulai patin tempoyak tak susah manapun tetapi masak yang macam mana tu? Ikut resepi asli atau asal ada rupa dan boleh makan saja dah cukup?

Ikutlah selera masing-masing nak masak macam mana, ada yang suka pedas ada yang tak suka. Ada yang minat kuah pekat ada yang tak.

Ok jom kita tengok macam mana nak masak resepi asli patin tempoyak Temerloh yang aku petik daripada blog masakan terkenal, Azie Kitchen.

Bahan- Bahan:

  • 1 ekor patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 4 cawan air – agak agak pekat kuah disukai
  • 1 biji cili merah – opsyenal untuk bagi kuah merah jer
  • Segenggam cili padi merah – ikut pedas disukai
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam

Cara Memasak:

Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.

Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.

Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Resepi Asli Patin Tempoyak Temerloh

Nota:

Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Itulah bahan-bahan dan cara memasak resepi asli patin tempoyak Temerloh.

Selepas ini bolehlah cuba, jadi ke tak belakang cerita janji boleh makan sudah.

Kalau buat tak jadi juga, datang je ke Temerloh, pilih saja kedai mana nak makan, melantaklah puas-puas.. tak payah pening kepala đŸ™‚

2 comments on “Resepi Asli Patin Tempoyak Temerloh

    1. haslizam Post author

      kalau resepi asli memang tak guna bawang langsung tetapi kalau nak guna juga terpulang tetapi kurang aroma tempoyaknya.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *