Lawan Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 semakin rancak memasuki perlawanan ketiga dan terakhir peringkat kumpulan bagi menentukan pasukan mana yang akan meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 yang melibatkan 16 pasukan.

Bagaimana pasukan pilihan anda setakat ini? hujung tanduk? terkandas atau masih meneruskan perjuangan?

Pasukan pilihan aku, Portugal masih melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 tetapi berdepan cabaran getir kerana akan menentang pasukan pilihan dan juara kumpulan A, Uruguay.

Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

Bagaimana dengan pasukan lain? siapa akan menentang siapa? Nanti aku akan kemaskini apabila selesai semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pasukan Asia?

Mesti Baca: Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

Agak menyedihkan kerana hanya tinggal Jepun yang dilihat masih berpeluang untuk bersaing ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2018.

Secara jujurnya aku lihat Jepun berpotensi melihat cara mereka bermain. Harap mereka dapat kekalkan momentum untuk menjadi wakil tunggal Asia ke peringkat kalah mati nanti.

Juara Dan Naib Juara Kumpulan Piala Dunia 2018

Banyak kejutan berlaku dalam Piala Dunia 2018 yang mana pasukan bertaraf gergasi dilihat bergelut untuk mara ke pusingan kalah mati seperti Jerman (juara bertahan), Argentina dan Colombia.

Penentuan juara dan naib juara kumpulan penting kerana itu akan menentukan siapa lawan mereka di peringkat kalah mati nanti.

Lawan Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

Pasukan gergasi biasanya cuba mengelak bertemu pasukan gergasi lain di peringkat awal dengan menjuarai kumpulan masing-masing tetapi piala dunia sentiasa ada kejutan sebagai contoh Argentina yang dilihat calon juara kumpulan D bukan sahaja gagal menjuarai kumpulan malah berkemungkinan gagal ke peringkat kalah mati.

Mesti Baca: Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini

Mesti Baca: Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda Gearbox Nak Rosak!

Berikut adalah juara dan naib juara kumpulan masing-masing:

  • Kumpulan A: Uruguay (juara), Rusia (naib juara)
  • Kumpulan B: Sepanyol (juara), Portugal (naib juara)
  • Kumpulan C: Perancis (juara), Denmark (naib juara)
  • Kumpulan D: Croatia (juara), Argentina (naib juara)
  • Kumpulan E: Brazil (juara), Switzerland (naib juara)
  • Kumpulan F: Sweden (juara), Mexico (naib juara)
  • Kumpulan G: Belgium (juara), England (naib juara)
  • Kumpulan H: Colombia (juara), Jepun (naib juara)

** Senarai lengkap juara dan naib juara kumpulan akan dikemaskini selepas mendapat keputusan sah

Lawan Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

Setakat aku menulis ketika ini yang keputusan sah lawan pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 yang akan melibatkan 16 pasukan seperti berikut:

  • Uruguay vs Portugal
  • Rusia vs Sepanyol
  • Perancis vs Argentina
  • Croatia vs Denmark
  • Sweden vs Switzerland
  • Mexico vs Brazil
  • Belgium vs Jepun
  • Colombia vs England

Juara baru Piala Dunia 2018 akan dinobatkan selepas juara bertahan, Jerman tersingkir dalam perlawanan terakhir Kumpulan F yang mana mereka dikejutkan kekalahan kepada Korea Selatan 2-0.

** Senarai lengkap pasukan yang terlibat dalam peringkat kalah mati untuk ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2018 akan dikemaskini setelah mendapat keputusan yang sah.

Tentu semua peminat bola sepak tertunggu-tunggu pasukan mana akan berentap dalam pusingan kalah mati Piala Dunia 2018.

Tengok bola jangan sampai ponteng kerja sudah ok 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *