Isu Potong Telinga, MB Pahang jawab….

Aku sebenarnya dah mual dan meloya nak tulis cerita politik selepas PRU14 tetapi untuk menjelaskan sedikit kekeliruan yang bermaharajalela di media sosial sekarang terutama isu potong telinga Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Adnan Yaakob kalau parlimen Bentong jatuh ke tangan pembangkang.

mb pahang potong telinga

Memang benar beliau ada berkata begitu tetapi kenyataan itu dibuat sebelum PRU13 bukan dalam PRU yang baru-baru ini. Untuk makluman, parlimen Bentong TIDAK jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ketika itu yang kini Pakatan Harapan.

MB Pahang pun ada cakap kenyataan tersebut hanya “kiasan” semata-mata dan tidak perlu diambil serius kerana ketika PRU13 beliau sangat yakin BN akan pertahankan parlimen Bentong dan ianya menjadi kenyataan.

Dan….. sekarang memang SAH parlimen Bentong dah jatuh ke tangan Pakatan Harapan dalam PRU14.

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh

Kalau kenyataan beliau akan potong telinga jika parlimen Bentong jatuh dalam PRU14 ini memang kena buat siaran langsung baru seronok tengok betul tak?

Untuk berlaku adil……… anggaplah ini semua gurauan semata-mata. Mungkin ada yang tak tahu beliau mengeluarkan kenyataan potong telinga itu dalam PRU13.

mb pahang potong telinga

Bagi yang tak tahu akan menyebarkan cerita ini dan menjadi bahan ketawa atau menuntut MB Pahang benar-benar melakukannya.

Sebenarnya, ini akan menjadi pengajaran kepada pemimpin supaya menjadi lebih cerdik ketika bercakap. Jangan bercakap ikut sedap mulut saja. Sia-sia rakyat pilih kalau hanya untuk membodohkan diri sendiri.

Tutup isu MB Pahang potong telinga… kasihan dia..

Untuk makluman, kerajaan Pahang masih belum dibentuk ketika aku sedang menulis artikel ini. Entah siapa yang akan angkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang pasca PRU14.

Dalam situasi Pahang menjadi negeri pembangkang di bawah Barisan Nasional, negeri dengan hutang paling tinggi entah siapa adun BN yang sanggup menjadi Menteri Besar.

Oklah, aku harap ini kali terakhir aku menulis isu politik dalam Blog From Temerloh With Love ini. Meluat aihhhhhhh menulis cerita politik, tak akan habis 🙂

 

1 comment on “Isu Potong Telinga, MB Pahang jawab….

  1. Pingback: Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018 • Carian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *