Pasca PRU14: Portfolio MB Dan Senarai Exco Pahang 2018

Lengkap sudah portfolio MB dan senarai Exco Pahang 2018 setelah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang yang baru pasca PRU14, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Walaupun, negeri Pahang terletak di bawah naungan pembangkang, Barisan Nasional aku harap kerajaan negeri hendaklah bergerak seperti biasa. Dengan mendapat menteri besar baru, mungkin kerjasama erat boleh dibentuk dengan kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harapan.

Portfolio MB Dan Senarai Exco Pahang 2018

Gambar: Utusan Online

Rasanya semua rakyat Malaysia tahu negeri Pahang adalah negeri dengan hutang paling tinggi di antara semua negeri di sebalik kemewahan hasil hutan, mineral dan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Entah di mana silapnya pentadbiran terdahulu. Aku sebagai anak jati Pahang berharap menteri besar yang baru, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan bekerja dengan ikhlas, tidak mengikut telunjuk dan bebas daripada tekanan. Bangunkan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ke tahap yang membanggakan atau sekurang-kurangnya menjadi jaguh di Pantai Timur.

Portfolio MB Dan Senarai Exco Pahang 2018

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memegang empat jawatankuasa namun akan melepaskan dua daripadanya jika berlaku pelantikan dua Exco lagi memandangkan Perlembagaan negeri membenarkan 10 Exco dilantik.

Mesti Baca: Isu Potong Telinga, MB Pahang Jawab……

Berikut adalah senarai portfolio Menteri Besar dan barisan Exco Pahang:

1. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Menteri Besar)

  • Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli
  • Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Ekonomi
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli
  • Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Peladangan dan Bioteknologi

2. Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin

  • Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

3. Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

  • Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga

4. Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

  • Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan

5. Datuk Seri Norol Azali Sulaiman

  • Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi

6. Datuk Seri Mohd Johari Husin

  • Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan

7. Datuk Nazri Ngah

  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna

8. Datuk Mohd. Fakharuddin Mohd. Arif

  • Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia

9. Abdul Rahim Muda

  • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Sumber Artikel

Sebagai anak Pahang, aku sokong saja Portfolio MB dan senarai Exco Pahang 2018 walaupun negeri aku sudah menjadi negeri pembangkang.

Ketepi soal politik, PRU dah habis.

Sekarang masa untuk bekerja.

Kutuk sana sini macam bagus sangat masing-masing betul tak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *