Permohonan BR1M 2018 Dibuka Sehingga 28 Disember 2017

Permohonan BR1M 2018 dibuka mulai 27 November 2017 sehingga 28 Disember 2017.

Bagi yang telah menerima BR1M sebelum ini anda boleh mengemaskini atau membuat semakan jika terdapat sebarang perubahan dalam penyata pendapatan, alamat dan sebagainya.

Permohonan BR1m 2018 boleh dibuat mulai sekarang sama ada secara ONLINE atau MANUAL.

Syarat Dan Kelayakan BR1M 2018

 

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Permohonan BR1M 2018

Cara Membuat Permohonan BR1M 2018

 

Permohonan, semakan dan kemaskini BR1M 2018 boleh dibuat dengan dua cara iaitu melalui:

Permohonan BR1M 2018

Keputusan Permohonan BR1m 2018

 

  • Rakyat Malaysia yang telah membuat permohon dan kemaskini BR1M 2018 akan mengetahui keputusan permohon BR1M 2018 melalui cara berikut:
  • Surat yang akan dipos ke rumah mengikut alamat dalam permohonan
  • Semakan keputusan BR1m 2018 online (https://ebr1m.hasil.gov.my)
  • Email yang didaftarkan dalam permohonan BR1M
  • Aplikasi Mobile BR1M (muat turun di Play Store untuk android dan App Store untuk iOS)

Download Borang Permohonan BR1M

Download Manual Permohonan, Semakan Dan Kemaskini BR1M 2018

Talian Khidmat Pelanggan BR1M: 1-800-88-2716

Informasi Penting BR1M 2018

 

  • Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
  • Tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
  • Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

 

 

Bagi yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk mendapat BR1M 2018 ambil tindakan daripada sekarang.

Terpulang kepada anda untuk membuat permohonan, semakan dan kemaskini secara ONLINE atau MANUAL.

Tarikh akhir permohonan BR1M 2018 adalah pada 28 Disember 2017.

 

 

 

1 comment on “Permohonan BR1M 2018 Dibuka Sehingga 28 Disember 2017

  1. Pingback: Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online Dibuka • Carian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *