Jangan Marah Kalau Bendera Parti Dipersilakan Ke Longkang!

Dalam tak sedar tinggal seminggu saja lagi rakyat Malaysia memilh kerajaan yang akan menerajui kepimpinan negara untuk 5 tahun akan datang. Perang poster dan bendera parti dah bermula menjadi santapan mata sehingga hari mengundi 09 Mei nanti. Atas pokok, tiang elektrik, di bulatan dan di mana-mana saja asalkan boleh pacak bendera tu.

Dalam seminggu lagi kita akan mendapat kerajaan baru atau kerajaan yang dah berusia 60 tahun. Tetapi bukan itu aku nak cakap di sini tetapi bab pacak bendera parti yang buat aku geram sikit.

Nak Pacak Bendera Parti Jangan Ikut Suka!

Apa aku perhatikan ada sesetengah bendera yang dipacak tidak sesuai dan boleh jadi membahayakan pengguna jalan raya sebagai contoh pacak bendera betul-betul di simpang keluar masuk kenderaan.

Ini menghalang pandangan pemandu untuk keluar masuk simpang. Kalau jadi apa-apa ada ke parti-parti terbabit nak menanggung?

bendera parti

Lagi satu, selepas pasang bendera parti tu tak kira mana parti sekalipun tolong tengok-tengok sikit selepas hujan lebat dan angin kencang, banyak bendera yang tercabut dan melayang ke atas jalan raya. Arahkan petugas parti betulkan semula bendera yang tercabut dan alihkan dari jalan raya sebelum ada orang yang suka rela campak ke tepi jalan. Jangan nak mengamuk pula!

Ok tutup bab bendera parti tu. Sekarang rakyat Malaysia tengah kenyang dengar ceramah dan janji-janji manis daripada parti-parti politik yang bertanding. Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Gagasan dan Bebas masing-masing nak tawarkan benda yang sedap didengar dan buat belum pasti lagi kalau dah menang nanti. Janji menang dahulu……

Mesti Baca: Gambar Tun Mahathir Berhantu?

Di parlimen Temerloh ini saja pun sampai 5 penjuru bertanding merebut kuasa Bandar Ikan Patin. Apa yang aku nampak hanya 3 parti yang berentap dan 2 orang bebas tu sekadar kacau undi dan hilang wang deposit saja.

Kerajaan Baru Atau Kerajaan Berusia 60 Tahun?

Bagaimana dengan tempat anda?

Inilah masanya jika anda berhasrat untuk menukar tampuk kepimpinan negara. PRU14 ini peluang anda untuk merasai corak baru kepimpinan atau masih mahu kekalkan Barisan Nasional yang dah 60 tahun memegang kuasa?

Pilihan di tangan masing-masing. Jangan takut untuk mengundi parti pilihan anda. Undi adalah rahsia!

Mesti Baca: Nak Tahu Asal Usul Temerloh?

Peringatan terakhir! lepas pasang bendera parti tu jangan biarkan je. Tolong pantau sikit bahaya ke tak tempat pacak tu dan selepas ribut petir hantar petugas pergi tengok sikit apa jadi. Tak kira parti mana pun. Nanti kalau ada yang suka rela buang bendera parti tu ke longkang jangan marah pula ok 🙂

1 comment on “Jangan Marah Kalau Bendera Parti Dipersilakan Ke Longkang!

  1. Pingback: Cara Menipu Pilihan Raya - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *