Senarai Pasar Malam, Pasar Tani Dan Pekan Sehari Temerloh

Senarai Pasar Malam, Pasar Tani Dan Pekan Sehari Temerloh. Pasar tempat orang ramai mencari bahan mentah untuk masakan seperti ikan, ayam, daging, sayur dan sebagainya. Pasar ada berbagai-bagai jenis seperti pasar biasa, pasar malam, pasar tani dan pekan sehari.

Aku rasa tak semua orang Temerloh tahu lokasi-lokasi pasar malam, pasar tani dan pekan sehari yang terdapat dalam daerah Temerloh apatah lagi orang luar.

Jom kita tengok semua senarai tu. Siapa yang ada masa terluang tu bolehlah pergi jenguk. Aku sendiri pun tak habis pusing lagi 🙂

Pekan Sehari Temerloh

Dalam semua senarai di atas, pasar malam Temerloh Jaya paling kerap aku pergi, boleh dikatakan setiap hari Isnin selepas balik kerja mesti singgah nak cari lauk basah seperti ikan dan ayam, kuih muih dan buah kegemaran bini kesayangan aku, nenas madu 🙂

Pekan Sehari Temerloh Terpanjang Di Semenanjung Malaysia

Ini yang paling best dalam semua senarai di atas, Pekan Sehari Temerloh! Rugi bagi sesiapa yang datang berkunjung ke daerah Temerloh tak singgah berjalan-jalan ke Pekan Sehari Temerloh yang diiktiraf sebagai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Mesti Baca: Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh

Memang rambang biji mata. Bermacam-macam ada di sini terutama bagi peminat ikan air tawar boleh lihat ada pelbnagai jenis ikan segar dari Sungai Pahang seperti ikan patin sungai, ikan baung, ikan mungkus dan macam-macam lagi.

Pekan Sehari Temerloh

Pekan Sehari Temerloh

Pekan Sehari Temerloh

Juga pelbagai sayur kampung yang segar, ulam-ulaman, kuih muih tradisional, barangan keperluan harian, pakaian dan semua adalah. Aku tak larat nak tulis..

Mesti Baca: Wang Tak Dituntut, Jika Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca!

Pekan Sehari Temerloh pada seriap hari Ahad dikunjungi bukan sahaja oleh orang Temerloh dan daerah sekitar malah ada yang datang dari negeri berdekatan seperti Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.

Jika berkunjung ke Temerloh jangan lupa singgah ke Pekan Sehari Temerloh. Kalau nak cari ikan patin segar dari Sungai Pahang terutama yang liar bukan daripada sangkar di sinilah tempatnya.

Pendek kata nak cari apa sebut saja semua ada 🙂

1 comment on “Senarai Pasar Malam, Pasar Tani Dan Pekan Sehari Temerloh

  1. Pingback: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *