Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian? Yang Mana Satu?

      4 Comments on Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian? Yang Mana Satu?

Ramai yang keliru apabila disebut bab pecah sempadan atau pecah bahagian ini. Hal ehwal tanah ini memang pening kepala, kalau tak ambil tahu langsung akhirnya kena main dengan orang pula.

Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian? Yang Mana Satu?

Jom aku kongsikan sedikit berdasarkan pengetahuan aku dalam bidang tanah ini dan juga melalui bacaan dan rujukan daripada sumber lain. Jangan kena main dengan orang lagi ok.

1. Pecah Sempadan

Pecah sempadan tanah adalah tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap (samada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah ) di pecah sempadankan kepada dua atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama (Sek. 135(1).

 

Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian

Gambar: jurukurtanah.blogspot.com

2. Pecah Bahagian

Pecah bahagian tanah ialah tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap (sama ada Hakmilik Pejabat Pendaftar atau Hakmilik Pejabat Tanah) yang dipegang oleh dua orang atau lebih sebagai tuan punya bersama adalah dipecah bahagikan supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu di bawah satu hakmilik yang berasingan (yang keluasannya adalah sehampir mungkin kepada bahagiannya).

Walau bagaimanapun, tidak semestinya setiap tuan punya bersama diberikan hakmilik berasingan. Mereka yang masih ingin meneruskan pemilikan bersama boleh mengekalkan haknya bersamaan dengan bahagiannya. (Sek. 140(1)(a), (b). terdapat tiga aliran pecah bahagian tanah iaitu secara biasa, syer majoriti dan proses mahkamah.

Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian

Gambar: jurukurtanah.blogspot.com

Mesti Baca: Jambatan Tertinggi Malaysia Dibuka Mulai 29 November 2017

Apabila bercakap soal tanah ini kalau dibaca buku Kanun Tanah Negara (KTN) memang pening kerana bahasa yang digunakan terlalu tinggi. Jika tidak difahami dengan baik memang langsung tak faham dan blurrr… Kena ada contoh betul tak

1. Contoh Pecah Sempadan

Upin ada tanah 1 ekar dan ada anak 5 orang. Upin buat pecah sempadan tanah beliau kepada 5 lot banglo. Upin masih pemilik kepada 5 lot tersebut. Kemudian Upin buat pindahmilik setiap lot kepada setiap seorang anak beliau. Masing-masing dapat 1 lot daripada pecahan 5 lot banglo tadi.

2. Contoh Pecah Bahagian

Upin dan Ipin merupakan pemilik kepada 2 ekar tanah atau disebut istilah kongsi geran yang sama. Masing-masing mempunyai 1/2 bahagian dalam geran tanah tersebut atau sama rata. Kemudian dipecahkan bahagian kepada 1 ekar seorang. Maknanya seorang pegang satu geran dengan 1 ekar tanah (geran tanah berasingan) – Sumber Artikel

Dapat tak maksud dan beza pecah sempadan atau pecah bahagian?

Isu tanah ini seronok sebenarnya tetapi banyak akta kena baca. Kalau minat bolehlah beli buku Kanun Tanah Negara yang tebal tu dan hadamkan 🙂

 

4 comments on “Pecah Sempadan Atau Pecah Bahagian? Yang Mana Satu?

  1. Pingback: Jadual Gaji Kakitangan Awam, Cuti Sekolah, Cuti Umum Dan Cuti Panjang 2018 - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Mengapa Pembahagian Pusaka Tanah Felda Lantik Pentadbir Bukan Pemilik? - From Temerloh With Love

  3. Pingback: Cara Semak Akaun Astro Paling Mudah - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda-Tanda Gearbox Rosak • Carian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *