Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

      17 Comments on Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Syok sendiri ke cakap gulai patin tempoyak Temerloh paling sedap di dunia? Mentang-mentang aku anak jati Temerloh, bolehlah kata macam tu betul tak?

Tetapi.. kalau ditanya orang luar apa yang dia tahu atau bayangkan tentang Temerloh.. tak lain tak bukan gulai patin masak tempoyak yang meletup tu. Temerloh sebagai Titik Tengah Semenanjung orang tak berapa ambil kisah sangat. Makan juga yang ingatnya.

Terpulanglah kepada penilaian masing-masing. Sedap ke tak kalau dah depan mata ngaaappppp je lah, jangan banyak cerita 🙂

Lokasi Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Kaw!

Bila nak bercerita bab kedai makan mana paling sedap ni agak susah juga, walaupun aku ada pilihan sendiri tetapi untuk tidak mengecilkan hati tuan kedai makan aku letaklah semua kedai makan yang popular di Temerloh sahaja.

Tidak popular bukan bermaksud tidak sedap tetapi berapa hari aku nak tulis dan senaraikan semua kedai makan patin tempoyak Temerloh betul tak?

1. Go Bang Maju Patin Tempoyak

Kerana pemilikya aktif promosi, boleh dikatakan inilah kedai makan patin tempoyak temerloh paling popular. Orang kata popular belum tentu sedap, anda kena cuba sendiri dan nilailah sedap atau tidak.

Patin Tempoyak Temerloh

Cawangannya pun ada di Kuala Lumpur dan Kuantan. Memang hebat penangan promosi sehingga Go Bang Maju sangat popular bagi peminat gulai patin tempoyak.

2. Kedai Makan Pak Usop

Ini kedai makan patin tempoyak “legend” di Temerloh. Sebelum wujudnya persaingan daripada kedai makan lain, kedai makan Pak Usop boleh dilabelkan paling dominan suatu ketika dahulu. Pendek kata, dahulu siapa nak makan patin tempoyak mesti teringat kedai makan Pak Usop.

Patin Tempoyak Temerloh

Sekarang? entahlah kerana saingan yang kuat nampak agak tergugat juga walaupun “legend”, mungkin ianya masih menjadi pilihan penggemar lama mereka.

3. Patin Bangau

Ini salah satu nama popular ketika ini. Patin Bangau bukan bermaksud gulai patin tempoyak dihidangkan dengan daging bangau tetapi lokasi kedai makan ini dalam Kampung Bangau Tanjung.

Patin Tempoyak Temerloh

Lokasinya agak tersorok sedikit dalam kawasan kampung, di luar pinggir bandar Temerloh. Lagi satu! kalau datang dalam pukul 12 tengahari biasanya meja penuh dan tiada tempat letak kenderaan.

4. Kancil Raja Patin

Terletak di Kampung Bangau Tanjung dan di tepi sungai Pahang, kedai makan Kancil Raja Patin turut menjadi sebutan penggemar patin tempoyak Temerloh. Jujurnya aku belum pernah makan di sini sebabnya setiap kali datang meja penuh dan tak tahu nak letak mana kereta. Sentiasa penuh!

Mesti Baca: Asal Usul Nama Temerloh, Belajar Loghat Temerloh

Patin Tempoyak Temerloh

Ramai juga artis pernah makan di sini di antaranya Vanidah Imran, Sabree Yunus, Aiman Tino dan  ahli politik juga tak ketinggalan makan di Kancil Raja Patin.

Sebab apa namanya Kancil Raja Patin? Kena datang makan dan tanya pemilik kedai kenapa bagi nama macam tu sebab aku tak tahu 🙂

5. Restoran Claypot Patin Tempoyak

Ini pilihan aku! Bukan aku berat sebelah dan yang lain-lain semuanya sedap belaka tetapi tekak masing-masing betul tak? Tekak aku paling kena dengan gulai patin tempoyak dari Restoran Claypot Patin Tempoyak. Mengapa?

Patin Tempoyak Temerloh

Gulainya sama sahaja dengan kedai lain tetapi aku suka hidangan dalam mangkuk claypot tu dengan kuah yang menggelegak, panas dan dimakan pula dengan nasi panas.  Perghhhhhhh………

6. C’wok Cafe

Kedai makan C’wok Cafe ini terletak di tepi jalan Temerloh – Jerantut. Kalau anda keluar dari Lebuhraya Pantai Timur susur Temerloh kedai ini yang anda akan jumpa dahulu berbanding semua kedai makan yang aku sebutkan di atas.

Patin Tempoyak Temerloh

Aku pernah makan di sini dan pada aku boleh tahan. Sebab itu C’wok Cafe di antara kedai yang menjadi sebutan penggemar gulai patin tempoyak Temerloh.

7. Banyak lagi……

Kalau nak disenaraikan semua kedai makan yang menghidangkan gulai patin tempoyak “kaw” di Temerloh ini sampai minggu depan pun tak habis aku menulis.

Ada beratus-ratus kedai dan tidak kira besar atau kecil kedai makan tu mesti ada masakan gulai patin tempoyak.

Senang cakap semua kedai makan adalah terbaik! terpulang kepada pilihan,dan tekak masing-masing betul tak?

Kalau teringin makan gulai patin tempoyak “ori”, mantap dan membuatkan anda mengigau nak datang Temerloh setiap hujung minggu, jemputlah datang Temerloh boleh belanja aku makan. Aku tunjuk tempat saja 🙂

Apa aku boleh cakap gulai patin tempoyak Temerloh paling sedap di dunia!

 

 

 

17 comments on “Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

  1. Pingback: Musim Tengkujuh Dah Datang, Apa Nak Buat? - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Makan Ayam Setiap Hari Boleh Jadi Ayam.... - From Temerloh With Love

  3. Pingback: Jambatan Patah Temerloh, Patahnya Sayap Malam - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Temerloh Titik Tengah Semenanjung, Di Mana Lokasinya? - From Temerloh With Love

  5. Pingback: Temerloh Titik Tengah Semenanjung, Siapa Yang Cakap? - From Temerloh With Love

  6. Pingback: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh - From Temerloh With Love

  7. Pingback: Awas! 7 Jenis Makanan Yang Dipanaskan Semula Jadi Racun.. • Carian Semasa

  8. Pingback: Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini! - From Temerloh With Love

  9. Pingback: Berapa Harga Beli Datuk? Mana Boleh Beli? - From Temerloh With Love

  10. Pingback: Resepi Asli Patin Tempoyak Temerloh - From Temerloh With Love

  11. Pingback: Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya? - From Temerloh With Love

  12. Pingback: Harga Tiket Stadium Darul Makmur Turun RM2 Dan Senarai Pemain Pahang 2018 - From Temerloh With Love

  13. Pingback: Muar Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara - From Temerloh With Love

  14. Pingback: Benua Antartika Daripada Sudut Pandangan Teori Bumi Bukan Sfera - From Temerloh With Love

  15. Pingback: Parlimen Temerloh Kerajaan Atau Pembangkang Kuat? - From Temerloh With Love

  16. Pingback: PRU14: 6 Calon Mengidam Ahli Parlimen Temerloh - From Temerloh With Love

  17. Pingback: Menu Popular Berbuka Puasa Di Bazar Ramadhan - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *