Pasukan Tersingkir, Senarai Penjaring Piala Dunia 2018

Pasukan Tersingkir Dan Senarai Penjaring Piala Dunia 2018. Kehangatan Piala Dunia 2018 semakin rancak memasuki perlawanan kedua peringkat kumpulan. Setakat ini kita dah mula nampak pasukan mana yang boleh pergi jauh dalam piala dunia kali ini tetapi setiap piala dunia mesti ada kejutan terutama daripada pasukan yang langsung tidak diberi perhatian seperti negara kerdil dan pertama kali masuk piala dunia, Iceland yang telah mengejutkan Argentina yang diketuai pemain terbaik dunia, Lionel Messi. Siapa sangka mereka boleh seri dengan Argentina tak kiralah main parking bas ke tak janji dapat mata 🙂

Aku tak peduli semua itu janji pasukan pilihan aku, Portugal akan meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2018 ini. Selepas menundukkan Maghribi (Morocco) sebentar tadi dalam perlawanan kedua kumpulan B , Portugal sudah sebelah kaki ke peringkat kalah mati cuma mereka perlu bersaing dengan Sepanyol atau Iran untuk menjuarai kumpulan.

Penjaring Piala Dunia 2018

Mesti Baca: Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018 (Waktu Malaysia)

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Cuma secara peribadi aku nampak Portugal agak individualistik! Sebabnya tanpa Cristiano Ronaldo (CR7) Portugal macam tak boleh pergi jauh. Setakat ini, semua gol Portugal disumbangkan C7 dengan 4 gol. Mana pergi yang lain?

Kalau kita masih ingat EURO 2016, CR7 juga yang memacu Portugal sehingga perlawanan akhir bertemu Perancis dan menjadi juara EURO 2016 walaupun CR7 hanya bermain sekejap saja dalam perlawanan akhir tersebut. Tetapi, nampak di situ tanpa CR7 macam Portugal tak boleh pergi jauh.

Tetapi, aku tetap pilih Portugal juara Piala Dunia 2018. Bagilah pasukan lain pula, asyik pasukan sama saja juara.

Pasukan Tersingkir Dan Senarai Penjaring Piala Dunia 2018

Berbalik kepada tajuk artikel, setakat aku menulis ketika ini sudah ada dua pasukan yang telah mengesahkan kedudukan mereka sebagai pasukan yang balik awal dalam Piala Dunia Rusia 2018.

Dan siapa pula yang mendahului senarai penjaring terbanyak Piala Dunia 2018? Setakat ini nama-nama besar sudah mula menunjukkan taringnya kecuali Lionel Messi, Luis Suarez, Edinson Cavani, Radamel Falcao, Eden Hazard dan beberapa nama besar yang belum menjaringkan sebarang gol.

Pasukan Tersingkir Piala Dunia 2018

  • Kumpulan A – Mesir (Egypt), Arab Saudi
  • Kumpulan B – Maghribi (Morocco), Iran
  • Kumpulan C – Peru, Australia
  • Kumpulan D – Nigeria, Iceland
  • Kumpulan E – Costa Rica,
  • Kumpulan F – Korea Selatan, Jerman
  • Kumpulan G – Tunisia, Panama
  • Kumpulan H –  Poland

Senarai Penjaring Piala Dunia 2018

  • Harry Kane, England, 5 gol
  • Cristiano Ronaldo, Portugal, 4 gol
  • Romelu Lukaku, Belgium, 4 gol
  • Cheryshev, Rusia, 3 gol
  • Diego Costa, Sepanyol, 3 gol
  • Eden Hazard, Belgium, 2 gol
  • Jedinak, Australia, 2 gol
  • Philippe Coutinho, Brazil, 2 gol
  • Luka Modric, Croatia, 2 gol
  • Ahmed Musa, Nigeria, 2 gol
  • Dzyuba, Rusia,2 gol
  • Nacho, Sepanyol, 1 gol
  • Gazinsky, Rusia, 1 gol
  • Golovin, Rusia, 1 gol
  • Jose Giminez, Uruguay, 1 gol
  • Antoine Griezmann, Perancis, 1 gol
  • Paul Pogba, Perancis, 1 gol
  • Edinson Cavani, Uruguay, 1 gol
  • Radamel Falcao, Colombia, 1 gol
  • Luis Suarez, Uruguay, 1 gol
  • Lionel Messi, Argentina, 1 gol
  • Marcos Rojo, Argentina, 1 gol
  • Victor Moses, Nigeria, 1 gol
  • Mohamed Salah, Mesir, 1 gol

** Senarai pasukan tersingkir dan senarai penjaring Piala Dunia 2018 akan dikemaskini daripada masa ke semasa

Mesti Baca: Tak Semua RTM Astro Arena Ambil Siaran Langsung Piala Dunia 2018

Masuk perlawanan kedua peringkat kumpulan menandakan sudah ada pasukan yang boleh berkira-kira balik awal atau meneruskan kemaraan dalam Piala Dunia 2018.

Aku harap ada wakil dari negara Asia ke peringkat kalah mati tak kisah negara mana pun, janji ada dan cuba melangkah sejauh boleh. Jadi juara macam mustahil sedikit.

Pilihan aku tetap Portugal juara Piala Dunia 2018. Penjaring piala dunia 2018 terbanyak setakat ini masih Cristiano Ronaldo dan harap boleh menang Kasut Emas Piala Dunia Rusia 🙂

4 comments on “Pasukan Tersingkir, Senarai Penjaring Piala Dunia 2018

  1. Pingback: Lawan Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018 - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Jerman Balik Awal Piala Dunia 2018 Raikan Syawal.... - From Temerloh With Love

  3. Pingback: Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018 - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Jadual Perlawanan Dan Siaran Langsung Suku Akhir Piala Dunia 2018 - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *