Parlimen Temerloh Kerajaan Atau Pembangkang Kuat?

Semakin hampir dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja semakin ramai yang demam terutama ahli parlimen dan adun. Terpilih ke tidak jadi calon kali ini atau ada yang dah tahu dan siap sedia nak lompat parti? Di Parlimen Temerloh kawasan aku mengundi ini pun boleh tahan terasa auranya PRU14 nanti, kerajaan atau pembangkang pilihan pengundi kali ini?

Bagi rakyat biasa macam aku tiba masanya aku turun mengundi sahaja. Pilihan aku? Undi adalah rahsia tetapi aku ada menonton klip video ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di Facebook yang mana beliau berkata kerajaan boleh tahu rakyat atau orang perseorangan undi siapa. Pulak dah…. kata undi rahsia atau beliau hanya bergurau sahaja 🙂

Ahhhh… Lantaklah aokme. Koi malas ambil tahu janji koi turun mengundi sudoh. Koi nak undi siapa lantak koi.. hak koi betui dok?

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Lokasi Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Dah aku cakap loghat Temerloh pulak… Oklah, aku malas nak mengarut lagi. Jom aku kongsikan sedikit info dalam parlimen Temerloh ini ada berapa buah Dewan Undangan Negeri (DUN) dan siapa yang menjadi Adun di situ.

Parlimen Temerloh Ada Berapa DUN? Kerajaan Atau Pembangkang Kuat?

Untuk pengetahuan semua, Parlimen Temerloh ini memang kerusi “panas”. Pertembungan dalam dua pilihan raya terakhir memang sengit. Arus perubahan yang melanda daerah Temerloh sangat kuat dan itulah yang diterjemahkan dalam pilihan raya lepas yang mana kerusi parlimen Temerloh yang dahulunya adalah kubu kuat UMNO akhirnya tersungkur ke tangan PAS.

Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Parlimen Temerloh

Tetapi, untuk PRU14 ini aku dapat melihat macam ada perubahan pula. Mungkin parlimen Temerloh akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) jika melihat kepada kerja kuat UMNO Temerloh yang diketuai Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin yang sentiasa ada di mana-mana program, pendek kata ada sahaja di mana-mana muka beliau 🙂

Memang tidak dinafikan ahli parlimen semasa dari PAS iaitu Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi  tenggelam timbul dan boleh dikatakan tak nampak muka langsung walaupun PRU14 bila-bila masa sahaja, entah apa masalah beliau. Mungkin bak kata kawan aku,

Orang memang tak nampak dia di luar tetapi beliau selalu ada di masjid untuk memberi kuliah dan ilmu kepada masyarakat, memang dia tak menonjol macam orang lain.

Mungkin kesilapan beliau sebab tidak menonjolkan diri dan menghampirkan diri dengan masyarakat di luar. Itu silapnya! Dan memang tidak dinafikan, apabila menjelang PRU rakyat mula mempersoalkan di mana Adun mereka sedangkan selama ini tak pernah ambil kisah pun 🙂

Ehhhh… nak bercerita bab politik pula. Oklah, ini aku senaraikan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Temerloh dan siapa penyandangnya.

Parlimen Temerloh 

Parlimen Temerloh

Yang Berhormat Ustaz Haji Nasrudin bin Hassan Tantawi (PAS)

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Parlimen Temerloh

DUN Mentakab – Tengku Zulpuri Shah Raja Puri (DAP)

Parlimen Temerloh

DUN Semantan – Syed Hamid Syed Mohamed dahulu PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN)

Parlimen Temerloh

DUN Lanchang – Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin (BN)

Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap!

Nampak tak siapa yang kuat?

Arus perubahan atau tsunami rakyat PRU13 telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah teruk di Parlimen Temerloh yang mana pembangkang menguasai Parlimen Temerloh dan merampas 2 kerusi DUN, hanya 1 DUN dimenangi BN.

Jangan main-main dengan kuasa rakyat betul tak? Kalu dah menyampah macam tu jadinya.

Untuk PRU14 nanti, aku dapat rasakan pandangan peribadi aku melihat kepada situasi semasa dan penyandang sedia ada, rasanya parlimen Temerloh kembali dirampas BN, DUN Mentakab kekal DAP manakala DUN Semantan tidak selamat bagi pembangkang.

Kecuali…. pembangkang meletakkan calon yang kuat dan dikenali.

Ini cuma pandangan peribadi aku sahaja. Aku pilih siapa? Mana boleh cakap 🙂

1 comment on “Parlimen Temerloh Kerajaan Atau Pembangkang Kuat?

  1. Pingback: DUN Berubah Selepas Persempadanan Semula PRU14 - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *