Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

      5 Comments on Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

Bagi yang akan menghadapi temuduga kerja, tidak cukup sekadar berpakaian kemas dan “make-up” tebal sahaja kerana tanpa ILMU di dada ibarat pergi temuduga tidak pakai seluar atau kain. Penting untuk calon temuduga mengetahui asas dan Panduan Temuduga Kerja tidak kira sektor awam atau swasta.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

 

Jom baca serba sedikit panduan temuduga kerja kerajaan dan swasta yang mungkin boleh membantu calon temuduga kerja dalam masa terdekat ini.

1. Buat kajian sebelum hadir temuduga. Kaji bakal majikan dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana iamya bakal memberikan kefahaman kepada anda.

Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Pastikan baju digosok supaya nampak kemas dan menarik.

Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati masa. Jangan datang lewat untuk temuduga kerja kerajaan atau swasta. Cuba untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tunjukan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan panel temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin dan jelas walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

6. Dengar. Ini merupakan salah satu tips temuduga kerja yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti atau kurang jelas apa yang dimahukan penemuduga.

8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh terbaik yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai. Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan kerana daripada situ majikan melihat anda seorang yang bersemangat tinggi untuk mendapat pekerjaan.

10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda bagi menunjukkan betapa anda serius dan berminat menjadi sebahagian daripada mereka.

Cadangan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta Yang Terbukti

 

Bagi calon temuduga kerja kerajaan dan swasta, terdapat panduan temuduga kerja yang telah terbukti membantu calon terdahulu LULUS.

Mungkin ianya akan membantu persediaan anda. Pergi kosong atau hadir temuduga kerja dengan ILMU?

Jika anda calon temuduga kerja kerajaan >> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jika anda calon temuduga kerja swasta >> Rahsia Bijak Temuduga

5 comments on “Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

  1. Pingback: Contoh Soalan Temuduga Tanah Felcra. Ada Kenal Orang Dalam Tak? - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Rujukan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan - From Temerloh With Love

  3. Pingback: Panduan Peperiksaan Juruaudit W41 Dan Penolong Juruaudit W29 - From Temerloh With Love

  4. Pingback: Soalan Temuduga Juruaudit W41 Dan Penolong Juruaudit W29 - From Temerloh With Love

  5. Pingback: Contoh Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK29 - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *