Muar Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara

      No Comments on Muar Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara

Tahniah daerah Muar, Johor yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani kerana dinobatkan di antara bandar paling bersih di Asia Tenggara menerusi Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN (ACTCA) pada 25 Januari lalu.

Pengiktirafan ini bukan sahaja membanggakan rakyat Johor tetapi secara tak langsung mengharumkan nama negara juga.

Seingat aku pernah sekali sahaja singgah di daerah Muar kira-kira 15 tahun dahulu, itu pun semasa aku bekerja kilang dan mengikut pemandu berjalan ke Muar senyap-senyap tanpa pengetahuan bos aku 🙂

Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap!

Kini, Muar berada sebaris dengan bandar-bandar pelancongan ternama lain di Asia Tenggara sebagai bandar pelancongan terbersih seperti Siem Reap di Kemboja serta Surabaya, Banyuwangi dan Semarang di Indonesia.

Bagaimana Muar Dinilai Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara?

Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara

Di antara kriteria untuk menentukan bandar paling bersih di Asia Tenggara antaranya meliputi perkara-perkara berikut:

  • Keindahan landskap
  • Sistem pengurusan sampah yang sempurna
  • Jalan yang bersih
  • Bangunan-bangunan yang dijaga indah
  • Sungai yang bebas daripada kotoran
  • Kualiti udara yang segar dan nyaman

Oleh kerana daerah Muar menepati kritreia-kriteria di atas, maka Muar diiktiraf bandar paling bersih di Asia Tenggara. Hebat bukan?

Mesti Baca: Siapa Iktiraf Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia?

Untuk mencapai status bandar terbersih bukan kerja senang terutama dalam mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup yang mengutamakan kebersihan.

Apa yang kita biasa lihat orang buang sampah merata-rata, buang sampah dari dalam kenderaan dan sebagainya. Itu sudah jadi tabiat yang sukar diubah.

Apapun, pengikitrafan Muar sebagai bandar paling bersih di Asia Tenggara sepatutnya sudah menjadi isyarat jelas kepada rakyat di daerah lain dalam negara untuk sama-sama menjaga kebersihan – Sumber Artikel

Tak bangga ke daerah kelahiran kita menjadi bandar paling bersih di Asia Tenggara dan kalau boleh sehingga ke peringkat dunia?

Daerah kelahiran aku, Temerloh setakat ini cuma terkenal kerana jolokanBandar Bandar Ikan Patin dan Titik Tengah Semenanjung sahaja. Kebersihan? Emmmmm… jauh sekali 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *