Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Melancong Ke Temerloh Tak Tahu Nak Ke Mana? Daerah Temerloh memang terkenal dengan ikan patin dan tidak sah jika datang ke Temerloh tidak merasasi kelazatan gulai patin tempoyak Temerloh.

Selain itu, Temerloh juga dikenali sebagai Titik Tengah Semenanjung yang mana lokasinya terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh. Sehingga kini, daerah Temerloh masih mengekalkan alam semulajadi dengan memiliki hutan simpan, pusat pemuliharaan hidupan liar dan kampung-kampung tradisional yang menarik untuk dikunjungi.

Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Jom kita lihat destinasi-destinasi pilihan jika bercuti atau melancong ke Temerloh. Mungkin ada masa hujung minggu bolehlah singgah ke Bandar Ikan Patin ini.

1. Damai Suasana Kampung Di Kampungstay Desa Murni

Jika anda sukakan suasana kehidupan di kampung yang aman, damai dan menenangkan jiwa jom singgah di Kampungstay Desa Murni.

Melancong Ke Temerloh

Melancong Ke Temerloh

Alamat: Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang
Buka 24 jam
No. telefon: 09-284 7949

Tetamu boleh memilih antara penginapan kampung atau homestay yang mempunyai kolam renang, basikal, wifi, penghawa dingin dan tandas di setiap bilik. Di samping merasasi kedamaian suasana kamlung, anda juga dapat menikmati percutian dengan selesa.

2. Beri Rusa Makan Di Deerland Park

Dibuka pada tahun 1996, Deerland Park pasti menjadi pilihan bagi yang sukakan haiwan dan alam semulajadi. Deerland Park milik individu yang bernama Abdullah merupakan salah satu tempat yang menarik di Temerloh yang tidak boleh dilepaskan.

Melancong Ke Temerloh

Walaupun nama taman ini “Taman Rusa” kerana memiliki bilangan rusa yang banyak dan jinak tetapi bukan rusa sahaja yang ada di sini. Ada bermacam-macam jenis haiwan lagi seperti burung unta,burung-burung kecil, merak, ular sawa dan banyak lagi.

Melancong Ke Temerloh

Pendek kata, ianya seperti mini zoo. Jangan lepaskan peluang memberi makan kepada rusa-rusa yang banyak dan jinak.

Jika anda berani, apa kata bergambar dengan ular sawa batik yang terdapat di sini. Pastinya, ianya satu pengalaman menarik dan menjadi ingatan selepas pulang dari Temerloh nanti.

3. Berendam Di Kubang Gajah Waterpark (Taman Tema Air Kubang Gajah)

Jika anda suka bermandi-manda, jom singgah di Kubang Gajah Waterpark (Taman Tema Air Kubang Gajah) yang terletak dalam kawasan bandar Temerloh, berhampiran Masjid Baru Temerloh.

Melancong Ke Temerloh

Bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak, bolehlah anda buat terjun tiruk, berendam atau bersantai dengan keluarga.

Artikel Menarik: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Melancong Ke Temerloh

Mungkin ianya tidak segah Taman Tema Air Sunway Lagoon atau Taman Tema Air Bukit Gambang tetapi sudah cukup untuk membuatkan anak-anak terhibur dan berseronok bermain air.

4. Beri Makan Dan Melihat Persembahan Gajah Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah ini, anda boleh melihat persembahan gajah yang menarik, memberi gajah makan, melihat gajah mandi dan bersantai di taman-taman dalam pusat ini.

Suasana hutan yang menghijau sangat mendamaikan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah ini.

Melancong Ke Temerloh

Melancong Ke Temerloh

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah ini memang pilihan utama bagi pengunjung luar negara yang melancong ke Temerloh kerana anda boleh lihat berapa ramai orang putih yang datang ke sini untuk merasai pengalaman bermain dengan gajah.

5. Gulai Patin Tempoyak Temerloh Yang Meletup!

Inilah yang paling popular! Gulai patin tempoyak Temerloh yang menjadi igauan dan termimpi-mimpi akan kelazatan masakan ini.

Melancong Ke Temerloh

Sebab itu, daerah ini mendapat gelaran Temerloh Bandar Ikan Patin dan boleh dikatakan setiap kedai yang menghidangkan makan tengahari di sini, pasti akan menyediakan gulai patin tempoyak.

Pilih sahaja kedai yang anda mahu. Ada banyak kedai makan popular di Temerloh yang menyediakan gulai Patin Tempoyak yang lazat. Nak tahu kedai-kedai yang popular boleh baca di sini >> Gulai Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Melancong Ke Temerloh

Memang rugi sangat jika tak rasa kelazatan gulai patin tempoyak jika melancong ke Temerloh. Ada yang datang dari Kuala Lumpur hanya untuk makan tengahari sahaja dan kemudian balik. Itulah penangannya!

6. Melihat Ternakan Ikan Patin Sangkar Di Sungai Pahang

Temerloh Bandar Ikan Patin sudah tentu mendapat namanya daripada ikan patin betul tak? Apa kata anda melihat sendiri ratusan sangkar ikan patin di sepanjang Sungai Pahang dan Sungai Semantan.

Melancong Ke Temerloh

Lihat bagaimana penternak patin sangkar memelihara, menjaga dan memberi makan ikan patin ternakan pasti suatu pengalaman yang berharga.

Melancong Ke Temerloh

Apa kata berborak dengan penternak ikan patin sangkar, mana tahu anda dapat idea nak ternak ikan patin nanti 🙂

Itulah serba sedikit dapat aku kongsikan destinasi dan apa yang menarik di Temerloh kalau datang ke sini.

Bukan 6 ini sahaja, ada banyak lagi!

Nak tahu kena datang melancong ke Temerloh ok 🙂