Dah Dengar Klip Video Whatsapp Rosmah Mansor Berpoya-Poya?

Klip Video Whatsapp Rosmah Mansor Berpoya-Poya? Hari ini kecoh juga perihal isteri Perdana Menteri sementara, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan berbelanja mewah dan hidup berpoya-poya.

Semuanya berpunca daripada klip video Whatsapp yang tular dengan cepat ke seluruh negara. Dalam klip video tersebut hanya ada suara seorang lelaki yang menceritakan kehidupan Rosmah Mansor yang terlalu mewah dan berpoya-poya.

Aku ada dengar dan kalau tak silap klip video tu dah lama. Macam pernah dengar sahaja sebelum ini. Mungkin ianya dikeluarkan semula saat Malaysia akan menempuh Pilihan Raya Umum Ke-14 beberapa minggu sahaja lagi.

 klip video Whatsapp Rosmah Mansor

Pendapat peribadi aku macam TIDAK LOGIK sahaja apa yang diceritakan oleh suara asing tersebut. Entahlah mungkin lain orang lain pendapat tetapi kalau nilai secara rasional memang lebih kepada tidak logik.

Mesti Baca: Yahudi Bersedia Tunggu Hari Kiamat. Tengok Apa Mereka Dah Buat

Mungkin YA atau TIDAK Rosmah Mansor hidup mewah dan berpoya-poya kalau dilihat daripada luaran tetapi kita kena adil juga membuat penilaian. Jangan ikut emosi sangat…. kalau tak suka sekali pun jangan buat fitnah itu saja.

Dah Dengar Klip Video Whatsapp Rosmah Mansor Berpoya-Poya?

Mesti anda dah dengar klip video Whatsapp Rosmah Mansor berbelanja mewah dan hidup berpoya-poya dengan duit kerajaan?

Apa yang anda rasa selepas dengar klip video Whatsapp tu? Rasa-rasa logik ke tidak? macam aku katakan di awal tadi nampak TIDAK LOGIK.

Ya aku tahu ramai orang benci kepada isteri Najib ni tetapi sesekali kena bersikap adil juga sebelum menghukum. Terpulang kepada anda untk menilainya.

Pembantu Rosmah Mansor Nafikan Klip Video Whatsapp Rosmah Mansor Berbelanja Mewah Duit Kerajaan

Pembantu khas isteri perdana menteri sementara Datuk Rizal Mansor mengeluarkan suatu kenyataan hari ini bagi menjawab dakwaan klip audio yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya telah mendapat satu klip audio yang disebarkan melalui Whatsapp.

“Tidak tahu la syaitan mana yang punya suara, tapi saya tidak hairan kerana setiap kali tiba musim pilihan raya, semakin ramai syaitan-syaitan yang keluar membuat fitnah,” kata Rizal dalam suatu hantaran di media sosial. Baca Kenyataan Penuh

Oklah aku malas nak ulas banyak bab Rosmah Mansor ni.

Mungkin ada yang percaya klip video Whatsapp Rosmah Mansor tu tetapi pendapat peribadi aku TIDAK LOGIK.

Terpulanglah penilaian masing-masing ok 🙂

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh

1 comment on “Dah Dengar Klip Video Whatsapp Rosmah Mansor Berpoya-Poya?

  1. Pingback: Gambar Tun Mahathir Berhantu? - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *