5 Khasiat Kurma Yang Kita Tidak tahu

      1 Comment on 5 Khasiat Kurma Yang Kita Tidak tahu

Buah kurma bukan sahaja sedap tetapi banyak khasiat kurma yang kita tak tahu. Sebab itu kurma menjadi makanan kesukaan Rasululluah kerana khasiat yang terdapat padanya.

Menjelang Ramadhan tidak lama lagi, permintaan buah kurma akan meningkat secara mendadak untuk dijadikan sebahagian daripada juadah berbuka puasa.

5 Khasiat Kurma Yang Kita Tidak Tahu

Banyak khasiat kurma yang kita mungkin tidak tahu. Mulai hari ini, jadikan buah kurma sebagai makanan harian, bukan dalam bulan Ramadhan sahaja.

1. Menguatkan Memori

Kebiasaannya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatkan daya ingatan adalah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandungi khasiat yang cukup untuk meningkatkan daya ingatan seseorang.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhkan memori.

2. Baik Untuk Ibu Mengandung / Berpantang

Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya.

Menurut kajian, buah kurma bagus untuk wanita hamil kerana akan memudahkan proses bersalin selain akan mengurangkan masalah pendarahan. Selain itu,khasiat kurma juga baik untuk bayi di dalam kandungan.

Mesti Baca: Penting! Soal Jawab Perkara Yang Membatalkan Puasa

Mesti Baca: Rebut 5 Amalan Sunnah Bulan Ramadhan

 

khasiat kurma3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Tahukah anda, sebenarnya kurma juga boleh mencegah masalah penyakit jantung. Anda hanya perlu merendam beberapa biji kurma semalaman lalu ditumbuk dan dimakan pada keesokan paginya.

Dengan cara ini, pasti akan dapat membantu menguatkan jantung anda. Kajian mendapati kurma juga kaya dengan sumber potasium, iaitu membantu mengurangkan risiko serangan strok.

4. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Kandungan mineral yang tinggi di dalam kurma menjadikannya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporosis juga dapat dibendung dengan mengamalkan pengambilan buah ini.

Selain kaya dengan mineral, khasiat kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuhan tulang.

5. Merawat Masalah Usus

Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan РSumber Artikel 

Selepas ini, jadikan buah kurma makanan harian bukan dalam bulan Ramadhan sahaja.

Banyak khasiat kurma sebab itu ianya menjadi makanan kesukaan Rasulullah saw.

1 comment on “5 Khasiat Kurma Yang Kita Tidak tahu

  1. Pingback: Kadar Zakat Fitrah Pahang 2018 Kekal RM7 - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *