Apa Jadi Kalau Batal Projek ECRL?

Menjelang PRU14 kira-kira 3 hari saja lagi macam-macam janji manis dah kita dengar baik daripada parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Gagasan Sejahtera. Antara yang menarik perhatian Pakatan Harapan nak batal projek ECRL kalau mereka diberi mandat memerintah negara.

Rasanya semua dah tahu yang mana Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) merupakan pelaburan dan kerjasama bernilai RM144 bilion yang telah ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri Najib Razak pada lawatan rasmi ke China pada bulan November 2016 yang melingkupi kawasan seluas lebih 66,000km persegi sepanjang Pantai Timur.

pakatan harapan batal projek ecrl

Pakatan Harapan kata mereka nak batal projek ECRL kalau menang PRU14. Ada pro dan kontra kalau batal projek ECRL ini. Aku secara peribadi menyokong projek ECRL sebab banyak impak positif daripada aspek merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan, menjimatkan berjam-jam masa perjalanan, mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan macam-macam lagilah.

Mesti Baca: Cara Menipu Pilihan Raya

Tetapi kos pembinaan dan pemegang kontrak ECRL tu yang buat sedikit gerun sebab ianya dikuasai oleh negara China. Bukan sedikit berhutang dengan negara kuasa besar dunia itu. Mampu ke nak bayar? berapa keturunan nak habis bayar tu? Dengan cara macam mana nak bayar?

Oklah, aku malas nak fikir bab tu sebab benda tak jadi lagi. Orang cakap sebelum fikir baik, fikir buruk dahulu. Apakah kesan buruk kalau batal projek ECRL seperti yang dicanang oleh Pakatan harapan dalam janji PRU14 mereka?

Apa Jadi Kalau Batal Projek ECRL?

Pakatan Harapan berkata mereka akan membatalkan projek ECRL jika mereka mendapat mandat untuk memerintah negara.

Tetapi, senang ke nak batal projek ECRL? Apakah kesan buruk kepada Malaysia jika projek mega ini dibatalkan?Batal projek ECRL

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam ceramah PRU14 di Kuala Berang, Terengganu pada 04 Mei berkata;

“Pembangkang kata kalau dia ada kuasa, ECRL dia nak batalkan. Batalkan ECRL ini syarikat milik penuh China.

“Yang buat (projek ECRL) itu CCCC. CCCC milik 100 peratus kerajaan China. Kalau dibatalkan kerajaan China kata kami takkan hantar pelancong ke Malaysia.

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Tempat Menarik Di Temerloh

“Ada kedai bebas cukai (tetapi ) tak ada orang (datang) dah. Tauke kedai lap saja meja hari-hari. Ini bukan main-main, kawan-kain,” kata Najib.

Najib kemudian menceritakan bagaimana perbalahan antara Korea Selatan dan China pada tahun lalu menyaksikan Beijing mengharamkan pakej lawatan ke Pulau Jeju.

Pada satu ketika dahulu pelancong China dilaporkan menyumbang sehingga 80 peratus pengunjung ke Jeju. Pulau itu kini dikatakan hampir sunyi akibat perbalahan kedua-dua negara berkenaan.

Najib juga menggesa hadirin membayangkan mengenai kemungkinan jika China bertindak memulau minyak sawit Malaysia.

“Apa lagi? Dia pembeli terbesar kelapa sawit kita. Kalau dia kata China takkan beli kelapa sawit kita… Felda pun tersungkur nanti. Tertiarap kita nanti.

“Itulah dia, inilah keadaan sekarang, kalau tidak boleh uruskan dengan dasar-dasar yang jelas, rosaklah (negara) kita,” katanya.

Mesti Baca: Senarai Kedai Makan Patin Tempoyak Popular Di Temerloh

Tengok apa jadi kalau batal projek ECRL?

Memang ini projek kerajaan Barisan Nasional sebelum PRU14 tetapi kesan buruk akan menimpa kita kalau ianya dibatalkan.

Adakah ianya sekadar ugutan atau benar-benar akan terjadi?

Macam mana Pakatan Harapan nak “deal” dengan China kalau mereka nak batalkan juga?

Ini menarik untuk disaksikan kalau Pakatan Harapan menang PRU14.

Tinggal 3 hari lagi kita akan memilih kerajaan. Buatlah pilihan terbaik. Fikir dalam-dalam sebelum mengundi ok 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *