Jerman Balik Awal Piala Dunia 2018 Raikan Syawal….

Impian pasukan Jerman balik awal Piala Dunia 2018 meraikan Syawal bersama sanak saudara akhirnya dimakbulkan Tuhan selepas mereka memilih untuk kalah kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F.

Hari Raya Aidilfitri lebih meriah bersama ibu ayah dan keluarga menyebabkan mereka memilih balik awal dalam kempen Piala Dunia 2018. Kejutan bukan? Tetapi lambaian di desa, ayah bonda sanak dan saudara lebih kuat…..

Jerman Balik Awal Piala Dunia 2018

Mesti Baca: Pasukan Tersingkir Dan Senarai Penjaring Piala Dunia 2018

Secara peribadi, aku memang tak minat pasukan Jerman daripada dahulu lagi. Aku tak kisah pun mereka lepas ke tidak peringkat kumpulan untuk ke peringkat kalah mati. Aku bersorak riang masa Korea Selatan berjaya menembusi pintu gol Jerman sebanyak dua kali. Ambik kau!

Yihaaaaa…….. seronoknya aku 🙂

Walaupun Korea Selatan tidak berjaya ke peringkat kalah mati tetapi kemenangan tersebut sangat manis kerana mereka berjaya menumpaskan juara bertahan dan juga calon juara Piala Dunia 2018.

Alang-alang tak lepas ke peringkat kalah mati Korea Selatan mengheret bersama-sama Jerman untuk pulang ke kampung menyambut Syawal yang masih bersisa.

Jerman Balik Awal Piala Dunia 2018. Gol Kedua Korea Selatan Meng”ayamkan” Jerman

Paling syok masa gol kedua Korea Selatan. Macam makan kacang je.. mereka meng”ayam”kan Jerman dengan gol yang kelakar. Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer tidak berada di depan gol tetapi sebaliknya cuba menjadi wira Jerman dengan naik ke atas kononnya untuk membantu serangan.

Atau beliau cuba untuk menjadi pemain pertama Jerman pulang ke kampung berhari raya?

Hahahahahahaha……

Jom kita layan gol kedua Korea Selatan vs Jerman. Manuel Neuer dikesan cuba balik awal berhari raya dengan meninggalkan tiang golnya.

Selepas Jerman balik awal Piala Dunia 2018, tidak syak lagi kita akan menyaksikan juara baru akan dinobatkan.

Aku harap biarlah negara lain pula. Asyik-asyik Jerman, Argentina, Brazil, Itali saja. Aku seperti biasa memilih Portugal juara Piala Dunia 2018. Tetapi aku nampak Belgium paling berpotensi kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *