Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini!

      1 Comment on Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini!

Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini! Makanan yang tak habis dimakan biasanya kita akan simpan dan panaskan semula boleh makan kemudian betul tak?

Ini amalan biasa. Kita tak nak membazir makanan tambah pula kos bahan mentah bukannya murah tetapi kita tak sedar pula bahaya akan datang. Percaya tak makanan dipanaskan semula boleh menjadi racun!

Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini!

Bukan tak boleh langsung panaskan semula makanan yang telah dimasak, cuma jangalah selalu begitu. Kalau boleh sekali makan sahaja atau kalau nak makan semula pun tak perlu panaskan. Masalahnya, tak panas semula tak sedap betul tak?

1. Daging Ayam

Daging ayam sangat sedap dan menggiurkan ketika panas namun adalah lebih baik tidak dipanaskan semula apabila makanan itu sudah sejuk. Protein yang terdapat dalam daging ayam akan berubah mengikut caranya dipanaskan serta boleh mengganggu sistem pencernaan. Jika terpaksa, panaskan dengan api yang kecil dalam tempoh waktu yang singkat.

2. Bayam

Siapa yang tida gemarkan bayam? Kebanyakan daripada kita sukakannya apatah lagi bayam sangat baik untuk gizi tubuh. Jadi, tidak hairanlah jika ada suri rumah yang menyimpan bayam dalam nisbah yang besar untuk dimakan hingga ke sebelah malam.

Itu tidak salah namun lain ceritanya jika bayam kerap dipanaskan. Sayuran ini mengandungi nitrat yang akan berubah menjadi campuran nitrat ketika dipanaskan. Nitrat inilah yang akan menyebabkan seseorang itu diserang kanser.

Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan

3. Kentang

Kentang merupakan salah satu sumber makanan yang cukup popular kerana boleh disajikan dalam pelbagai bentuk. Namun, kentang selepas dipanaskan semula, nutrisi yang terkandung di dalamnya akan hilang.

Sama seperti bayam, kentang akan mengalami proses pengoksidaan ketika dipanaskan. Proses tersebut akan membuatkan tubuh berdepan campuran racun berbahaya.

4. Telur

Telur merupakan makanan sihat yang mengandung vitamin A, kalsium, vitamin B6, vitamin B12, dan fosforus. Telur akan menjadi bahaya jika tidak digunakan segar.

5. Makanan Bergoreng Dan Digoreng Semula

Makanan yang digoreng sememangnya menjadi pilihan namun jangan sesekali mengambil langkah memanaskannya semula. Seperti sedia maklum, menggoreng memerlukan banyak minyak ketika melakukannya.

Jadi, jika dipanaskan semula, makanan tersebut akan mengandungi lebih banyak minyak sekali gus menyebabkan kadar kolesterol menjadi semakin tinggi.

Mesti Baca: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan

6. Cendawan

Cendawan juga boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan jika dipanaskan semula. Apa pun cara memasak cendewan sama ada digoreng atau dibuat sup, adalah lebih baik tidak dipanaskan semula.

Ini kerana tindakan tersebut akan menyebakan protein dalam cendawan hilang dan senyawa jahat akan masuk ke tubuh.

7. Santan

Kebanyakan makanan lazat mempunyai santan. Biarpun mempunyai rasa yang sedikit berbeza ketika sejuk atau dingin, lebih baik dimakan begitu sahaja.

Ketika santan dipanaskan semula, lemak yang terdapat dalam santan akan bertukar menjadi lemak jahat seterusnya meningkatkan jumlah kolestrol – Sumber

Memang amalan panaskan semula makanan perkara biasa betul tak?

Kalau tak panas memang tak sedap dan tak selera nak makan semula.

Masalahnya… makanan yang dipanaskan semula boleh jadi racun.

Kesannya bukan sekarang tetapi akan datang!

Apapun, beringatlah. Jangan panaskan semula 7 jenis makanan di atas secara kerap.

Sesekali boleh  ok:)

1 comment on “Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini!

  1. Pingback: Berapa Harga Beli Datuk? Mana Boleh Beli? - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *