Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018. Selesai sudah perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 yang mana 16 pasukan telah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati.

Banyak drama berlaku sepanjang perlawanan peringkat kumpulan dan kejutan terbesar adalah tumbangnya juara bertahan, Jerman yang menduduki tempat terakhir dalam kumpulan F dengan merekodkan 2 gol sahaja sepanjang kempen Piala Dunia 2018, itulah rekod terburuk Jerman dalam Piala Dunia.

Artikel Menarik: Cara Mengenali Minyak Masak Kitar Semula

Artikel Menarik: Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia

Benua Asia juga mempunyai wakil tunggal ke pusingan kalah mati selepas Jepun berjaya menduduki tangga kedua kumpulan H walaupun mereka tewas dalam perlawanan terakhir kumpulan. Kemaraan Jepun ditentukan dengan kurang kutipan kad kuning berbanding Senegal walaupun kedua-dua pasukan mengutip mata yang sama.

Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

Piala Dunia 2018 memasuki pusingan kalah mati dengan 16 pasukan mengesahkan tempat. Drama air mata, kegembiraan dan kekecewaan akan banyak berlaku dalam pusingan kalah mati kerana nasib setiap pasukan bergantung sepenuhnya kepada kemampuan diri sendiri tanpa berharap ehsan pasukan lain untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2018.

  • Uruguay vs Portugal
  • Rusia vs Sepanyol
  • Perancis vs Argentina
  • Croatia vs Denmark
  • Sweden vs Switzerland
  • Mexico vs Brazil
  • Belgium vs Jepun
  • Colombia vs England

Inilah 16 pasukan yang telah layak ke pusingan kalah mati. Bagaimana dengan pasukan pilihan anda? layak atau sudah tersingkir?

Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

Di atas adalah Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018. Anda boleh tentukan sendiri pasukan mana yang memiliki laluan mudah dan sukar dalam piala dunia Rusia ini.

Perlawanan pertama pusingan kalah mati akan bermula pada 30 Jun 2018 dengan pasukan Perancis menentang Argentina.

Mesti Baca: Senarai Penjaring Piala Dunia 2018

Susah juga nak pilih antara Perancis dan Argentina tetapi melihat kepada prestasi semasa aku yakin Perancis akan mara ke suku akhir.

Pasukan pilihan aku, Portugal masih ada cuma aku tak rasa boleh pergi jauh kecuali berlaku keajaiban seperti Euro 2016.

Selain itu, aku juga memilih Belgium sebagai juara Piala Dunia 2018 🙂

2 comments on “Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018

  1. Pingback: Lawan Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018 - From Temerloh With Love

  2. Pingback: Siaran Langsung Astro, RTM Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2018 - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *