Hari Pertama 2018 Catatan Pertama….

      2 Comments on Hari Pertama 2018 Catatan Pertama….

Hari ini 01 Januari 2018 aku kembali menulis selepas baru sahaja beberapa minit meninggalkan tahun 2017. Untuk hari pertama 2018 ini aku coretkan catatan pertama dalam blog From Temerloh With Love.

Apa dah jadi dengan blog-blog lain? Memang aku ada banyak blog seperti blogspot dan wordpress dan aku sangat penat nak menguruskan blog yang pelbagai jenis niche dan aku sebenarnya MALAS 🙂

Hari Pertama 2018 Catatan Pertama….

Buat masa ini aku fokus kepada menulis di blog From Temerloh With Love dahulu sebabnya ia masih baru dan aku mesti penuhkan isi kandungan supaya pembaca yang singgah ke blog ini mendapat manfaat.

Maaf… gaya bahasa aku tak seindah sasterawan negara dan aku tak tahu menulis dengan gaya bahasa indah. Aku menulis mengikut kata hati dan dengan cara aku sendiri.

Suka atau tidak terpulang lagipun blog From Temerloh With Love ini lebih kepada blog berkonsep santai dan peribadi.

Hari Pertama 2018

Blog From Temerloh With Love ini sebenarnya diwujudkan sebab aku KECEWA…

Mengapa aku kecewa?

 Mesti Baca: 10 Azam Tahun Baru Popular. Yang Mana Anda Punya?

Sebabnya blog peribadi aku sebelum ini haslizamjohar.com telah dirembat oleh mangkuk ayun dari China kerana kecuaian aku sendiri.

Domain haslizamjohar.com berpindahmilik kerana aku membiarkannya “mati” dengan sendiri dan aku terlupa nak “renew”. Mangkuk ayun dari China telah merembat domain tersebut tanpa kerelaan aku. Bedebah sungguh! Aku ada ceritakan dalam catatan pertama blog From Temerloh With Love. Baca Sini

Aku Cuba Aktif Menulis Tahun 2018…

Menulis ini ada pasang surutnya kerana kadang-kadang kita rajin dan ada masanya malas sungguh dan membiarkan blog-blog semua bersawang.

Aku harap tahun 2018 ini akan kembali menulis dengan aktif berkongsi pengetahuan, pengalaman dan segala-galanya.

Ini ayat biasa apabila masuk tahun baru. Permulaan tahun aktif masuk pertengahan tenggelam timbul dan masuk akhir tahun kembali malas menulis 🙂

Fokus Menulis Apa Tahun 2018 Ini?

Seperti yang aku cakapkan sebelum ini, blog ini lebih kepada santai dan bersifat peribadi. Jadi, aku akan kongsikan apa sahaja yang terlintas dalam kepala aku yang berdahi luas ini.

Memang blog From Temerloh With Love ini fokus kepada informasi berkaitan tempat kelahiran aku, Temerloh tetapi aku akan cuba berkongsi informasi berkaitan daerah-daerah lain di Pahang juga.

Hari Pertama 2018

Selain itu, aku akan selitkan informasi berkaitan kerjaya dan informasi semasa yang menarik.

Dan untuk pengetahuan….. aku hanya tahu menggunakan platform online seperti Blog untuk mencari pendapatan sampingan seperti Affiliate dan Adsense.

Aku dah lama buat duit secara online ini sejak 2009 lagi dan antara cara yang aku tahu untuk buat duit online adalah menggunakan BLOG. Boleh baca pengalaman aku di Blog Carian Semasa >> Buat Duit Online Dengan Affiliate 5 Angka Dalam 2 Bulan

Ok cukup setakat ini catatan pertama di hari pertama 2018 dalam Blog From Temerloh With Love!

Selamat Tahun Baru 2018!

Aok Semua Rodong Koi!

2 comments on “Hari Pertama 2018 Catatan Pertama….

  1. Kak Su

    Betul tu, domain yang tak direnew akan dibeli oleh orang lain dan mereka akan menjual nya semula dengan harga yang tak masuk akal, tu pasal akak cepat2 renew sebulan sebelum expire, the best is renew untuk 2-3 tahun sekali, tapi… hihi faham2 ajalah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *