Berapa Harga Beli Datuk? Mana Boleh Beli?

      1 Comment on Berapa Harga Beli Datuk? Mana Boleh Beli?

Sekarang ini orang dah tak kisah siapa pun yang ada gelaran DATUK. Baca sekali lagi, tak kisah pun! Sebab apa? Senang cakap gelaran datuk macam sudah tiada nilai langsung sebab orang kata datuk boleh beli. Betul ke macam tu? berapa harga beli datuk?

Orang cakap;

Kalau baling batu terkena kepala seorang datuk, melantun terkena kepala datuk lain pula……

Faham tak? begitu ramai datuk sekarang ini. Pendek kata, kawan kita yang sama-sama main badminton petang-petang esok dah dapat datuk! Kepala mula fikir lain macam, bila masa pula kawan kita ni berjasa kepada negara? Sama “tuang” je dengan aku…..

Kalau dahulu nak dapat gelaran datuk bukan senang, sumbangan kepada negara adalah syarat utama tetapi sekarang ini dah berlambak datuk terutama daripada golongan artis.

Besar sungguh jasa artis kepada negara sehingga dapat datuk. Mungkin ada jasa mereka yang kita tak nampak selain daripada berlakon dan menyanyi, mungkin….

Artis Dapat Datuk Lagi…..

Semalam, media sosial menjadi bahan ketawa apabila dua lagi artis mendapat datuk iaitu Datuk Farid Kamil dan Datuk Aaron Aziz.

Dapat datuk dari mana lagi kalau bukan dari negeri aku sendiri, Pahang. Aku tak pertikaikan hak Sultan nak bagi kepada siapapun datuk tu tetapi entahlah macam kelakar pula bila tengok barisan artis yang dapat datuk dari Pahang ini seperti Datuk Awie, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Boy Iman (belum disahkan), Datuk Hans Isaac, Datuk AC Mizal dan ramai lagilah.

Mesti Baca: Awas! Jangan Panaskan Semula 7 Jenis Makanan Ini!

harga beli datuk

Aduiiii.. nak gelak nanti kata cemburu pula. Orang miskin macam aku memang tak layak pegang gelaran datuk. Tunggu anak aku dah kahwin dapat cucu baru boleh merasa jadi datuk…

Dan…. yang tak sedapnya apabila artis dapat datuk orang ramai akan cakap artis beli datuk. Mereka banyak duit. Betul ke? Berapa harga beli datuk?

Berapa Harga Beli Datuk? Mana Boleh Beli?

Aku pun buatlah carian di Google nak tahu berapa harga beli datuk,  manalah tahu boleh beli esok dan hasil carian aku menunjukkan ada urusan jual beli datuk mencecah sehingga RM200,000! Tak percaya? Baca Sini

Mak aihhh… harga sebiji rumah tu. Memang aku tak mampulah..

Dan… nak dapat datuk ni orang sanggup beli sampai ke luar negara seperti di Indonesia dan Filipina walaupun gelaran tu tak diiktiraf di Malaysia pun.

Entahlah, kemaruk nak jadi datuk memang tak fikir dah asalkan banyak duit.

Sebenarnya, orang mengidam sangat gelaran datuk ini sebab BISNES. Buat bisnes ada gelaran datuk, Dr, profesor dan sebagainya memang senang nak buat projek perniagaan. Senang dapat rakan kongsi. Itu sahaja.

Tetapi, kalau betul nak sangat datuk biarlah dengan cara yang betul. Kalau memang Sultan nak bagi, itu satu anugerah besar tetapi kalau datuk beli orang tak pandanglah, kena ketawa lagi ada.

Mesti Baca: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Oklah, dah tahu berapa harga beli datuk boleh kumpul duit daripada sekarang. Kalau tak mampu, buat pinjaman dengan bank… bila bisnes dah kencang nanti boleh bayar balik pinjaman tu.

Apapun, tahniah kepada artis yang dapat datuk dari Pahang tu. Jangan cemburu! Lantaklah mereka dapat sebab apapun. Bukan mereka bagi kita makan betul tak?

1 comment on “Berapa Harga Beli Datuk? Mana Boleh Beli?

  1. Pingback: Video Datuk Farid Kamil Pakai Baju Lokap - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *