Gambar Tun Mahathir Berhantu?

      1 Comment on Gambar Tun Mahathir Berhantu?

Aku baru sahaja terbaca yang gambar Tun Mahathir dikoyak di Johor. Kalau ikut peraturan baru SPR untuk pilihan raya umum ke-14 ini hanya boleh menampilkan gambar dua pemimpin parti politik sahaja iaitu presiden dan timbalan presiden, atau mereka yang setaraf – pada bahan kempen, selain foto calon berkenaan. Sumber Berita

Kita semua tahu yang Tun Mahathir adalah calon perdana menteri Pakatan Harapan jika mereka menang dalam PRU14 nanti.

Sudah tentu blok Pakatan Harapan mengamuk dengan tindakan pihak yang mengoyakkan gambar Tun Mahathir sebagai ketua mereka merangkap calon perdana menteri.

Gambar Tun Mahathir Dikoyak Sebab Berhantu?

Berhantu sungguh gambar Tun Mahathir ya?

Adakah gambar yang menampilkan Tun Mahathir dalam poster atau kain rentang Pakatan Harapan cukup menggerunkan Barisan Nasional?

Pada pendapat aku, tak salah rasanya jika Pakatan Harapan nak letak muka calon perdana menteri mereka pada kain rentang atau poster calon.

gambar Tun Mahathir dikoyak

Sumber Gambar: malaysiakini.com

Entahlah, SPR mungkin ada pandangan berbeza. Kita hormat pandangan mereka dan Pakatan Harapan tak perlu bimbang jika mereka yakin dengan kebolehan mereka.

Sebab semua dah tahu yang Tun Mahathir adalah ketua Pakatan Harapan buat masa sekarang sementara Datuk Sri Anwar masih dalam penjara (ketua sebenar Pakatan Harapan).

Jadi, Pakatan Harapan tidak perlu bimbang dengan kebolehan mereka. Kata lawan tetap lawan betul tak?

Apa aku perhatikan memang PRU14 ini sangat sengit di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Mesti Baca: Dah Dengar Klip Video Whatsapp Rosmah Mansor Berpoya-Poya?

PAS juga tak boleh dipandang sebelah mata kerana mereka memegang undi Melayu yang agak besar selepas Barisan Nasional tetapi PAS tidak cukup kuat untuk membentuk kerajaan bersendirian kecuali membentuk gabungan di antara Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

Apa aku perhatikan jika Barisan Nasional tak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan PAS akan bergabung dengan mereka. Ini cuma pandangan peribadi aku sahaja ok. Jangan serius sangat 🙂

Ok cukuplah aku merapu.

Dalam tak sedar seminggu lagi Malaysia memilih kerajaan.

Buatlah pilihan terbaik untuk masa depan.

Barisan Nasional? Pakatan Harapan? Gagasan Sejahtera (PAS & NGO) atau BEBAS?

Pilihan di tangan anda 🙂

1 comment on “Gambar Tun Mahathir Berhantu?

  1. Pingback: Jangan Marah Kalau Bendera Parti Dipersilakan Ke Longkang! - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *