Fadhilat Dan Kelebihan Berpuasa Bulan Ramadhan

01 Ramadhan 2018 dijangka jatuh pada 17 Mei (Khamis), apa pun kita tunggu pengumuman rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk tarikh permulaan puasa selepas selesai proses melihat anak bulan Ramadhan pada 15 Mei nanti. Sebagai seorang muslim, inilah bulan yang sememangnya sangat dinantikan kerana ada banyak kelebihan berpuasa bulan Ramadhan yang datang setahun sekali sahaja.

Kewajipan Berpuasa Bulan Ramadan

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

“Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.

Fadhilat Dan Kelebihan Berpuasa Bulan Ramadhan

  • Pintu langit dibuka
  • Pintu-pintu syurga di buka
  • Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
  • Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaannya oleh Allah SWT
  • Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
  • Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
  • Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
  • Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Kelebihan Berpuasa Bulan Ramadhan

Amal Ibadah Yang Boleh Dibuat Sepanjang Bulan Ramadan

Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan dengan melakukan banyak amalan sunat kerana kelebihan berpuasa bulan Ramadhan. Antara amalan sunat yang boleh dilakukan adalah:

  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan ikhlas. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa atau mak kita puasa, kita juga kena puasa.

Banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa bulan Ramadhan.

Inilah masa sucikan hati, tebus kekurangan dan cari pahala sebanyak mungkin selepas puas bergelumang dengan dosa sepanjang tahun. Mana tahu Ramadhan 2018 terakhir untuk kita?

1 comment on “Fadhilat Dan Kelebihan Berpuasa Bulan Ramadhan

  1. Pingback: Penting! Soal Jawab Perkara Yang Membatalkan Puasa - From Temerloh With Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *