Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya?

      1 Comment on Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya?

Susah nak cakap orang Malaysia tak suka makan durian. Boleh dikatakan musim raja buah ini sentiasa ditunggu penggemarnya dan mereka tak akan lepaskan peluang menikmati keenakan durian sepuasnya apabila di depan mata tetapi itu dahulu kerana tak semua orang mampu makan durian puas-puas sebab durian dah jadi makanan orang kaya. Setuju tak?

Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya?

Sekarang hanya mampu tengok saja orang jual buah durian di tepi jalan. Nak tanya berapa harga durian sekilo pun segan kalau tak jadi beli betul tak?

Mesti Baca: Patin Tempoyak Temerloh Paling Sedap Di Dunia!

Mengapa harga durian sangat mahal sekarang ini? Sudahlah mahal bawa balik rumah dua tiga biji buruk. Memang kecewa sangat sebab aku penah kena macam ini beberapa hari lepas. Teringin sangat nak makan punya pasal tetapi tak puas makan dan kecewa kerana terasa ditipu apabila beberapa biji durian sudah buruk.

Mengapa Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya?

Kalau dahulu kita boleh jumpa durian selonggok atau sebakul RM10 tetapi sekarang jangan mimpi lagi. Sekarang harga durian dah tak masuk akal dan membuatkan orang ramai berfikir 18 belas kali nak beli durian. Mengapa harga durian melambung tinggi sampai macam ini?

Permintaan Tinggi Dari Luar Negara Terutama Dari China

Durian mendapat permintaan yang tinggi dari China dan menyebabkan pekebun mengeksport durian ke luar negara untuk meraih pendapatan yang lebih lumayan. Kesannya sudah tentu bekalan durian untuk orang tempatan kurang dan menyebabkan harganya melambung tinggi sehingga tak masuk akal.

Kilang Produk Berasaskan Durian Tumbuh Bak Cendawan Selepas Hujan

Pekebun durian  lebih suka menjual durian terus kepada kilang-kilang yang menghasilkan produk berasaskan durian seperti ais krim, kek dan sebagainya.

Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya?

Kilang-kilang ini mendapatkan bekalan durian daripada pekebun dengan harga RM9 sekilo atau lebih dan bagi penjual durian mereka terpaksa mendapatkan bekalan durian daripada pekebun dengan harga yang sama kilang ambil kerana pekebun tak mahu menjual durian jika harga yang diminta kurang daripada harga kilang beli.

Mesti Baca: Awas! 7 Jenis Makanan Yang Dipanaskan Semula Jadi Racun

Itulah harga yang kita terpaksa bayar sekarang. Penjual durian mengambil bekalan durian daripada pekebun dengan harga yang tinggi dan mereka sudah tentu akan menjual dengan harga yang lebih tinggi kalau nak dapat untung dan menampung kos lain seperti minyak kenderaan dan sebagainya.

Pembeli Durian Kurang Peniaga Yang Sesak….

Apabila harga durian melambung tinggi orang ramai sudah tentu berkira-kira nak beli. Nak beli pun tengok dahulu berapa banyak duit dalam dompet kalau tak nanti malu saja tak cukup duit nak bayar.

Tak payah tengok orang lain. Aku sendiri pun sangat berkira nak beli durian kalau harga gila macam sekarang. Memang teringin nak makan kalau boleh setiap hari tetapi dengan harga durian dah jadi makanan orang kaya macam ini baik telan air liur sahaja kerana banyak lagi keperluan yang pebih penting.

Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya?

Apabila kita sebagai pengguna menggunakan akal dan memikirkan mana lebih penting daripada nafsu nak makan durian bukan kita yang sesak tetapi penjual durian yang sesak sebenarnya. Mereka paling menerima kesan apabila pembeli durian kurang. Sudahlah ambil dengan harga mahal, pembeli pula kurang dan akhirnya durian buruk begitu sahaja.

Kalau dahulu boleh untung jual durian sehingga RM800 sehari sekarang nak dapat dua tiga ratus sehari pun jenuh. Itulah akibatnya kalau pembeli mula menggunakan kuasa mereka betul tak?

Mesti Baca: Berapa Harga Beli Datuk? Mana Boleh Beli?

Memang harga durian sekarang tak masuk akal betul tak? Di Temerloh pun apa kurangnya. Aku nak beli pun takut tak cukup duit dalam dompet nak bayar buat malu sahaja.

Tetapi kalau teringin sangat nak makan durian, beli untuk merasa sahaja. Nak makan puas-puas macam dahulu memang tak dapat dah.

Tak salah kita katakan durian dah jadi makanan orang kaya! 

Bukan salah Najib 🙂

1 comment on “Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya?

  1. Pingback: Gerhana Bulan 3 Fasa Sekali Dalam 265 Tahun. Rugi Tak Tengok! • Carian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *