Temerloh Cuaca Sejuk Amat.. Pohpaleh Weh.. Tempat Aok Goner?

Cuaca sejuk amat dua tiga hari ni.. Duduk atas sofa pun sejuk.. air kolah tak payah ceritalah macam air batu.. nak mandi, berak pun takut. Hehehehe..

Boleh dikatakan seluruh negara sedang mengalami fenomena cuaca sejuk yang jarang-jarang berlaku di negara kita.

Sejuknya sampai ke tulang aku yang tak berapa ada lemak-lemak untuk melawan rasa sejuk itu. Itulah kurus sangat ๐Ÿ™‚

Cuaca Sejuk

Bagaimana dengan tempat anda? Tempat aku daerah Temerloh memang sejuk amat dua tiga hari ini dan aku buat semakan melalui Google suhu di Temerloh lebih kurang 22โ„ƒ.

Itu dia…. dah macam Cameron Highlands dah. Tetapi di Cameron Highlands tentu lebih sejuk daripada biasa mahu cecah belas-belasย โ„ƒ tu.

Memang sedap cuaca sejuk ni, tidur lena tetapi liat nak bangun pagi. Paling parah kain baju di ampaian susah nak kering dalam cuaca lembab macam ini betul tak?

Sebab Apa Cuaca Sejuk Sangat Ni?

Salah satu sebabnya hujan saja di kebanyakan tempat di negara kita. Bayangkan hujan pagi petang siang malam selama beberapa hari memanglah cuaca sejuk betul tak? Lagipun, sekarang negara kita dalam musim monsun Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac yang mana ianya membawa bersama hujan yang boleh menyebabkan banjir di kebanyakan tempat.

Aku ada terbaca penjelasan yang lebih ilmiah seperti petikan daripada Berita Harian Online;

Cuaca sejuk sekitar 21 darjah Celsius yang melanda negara ketika ini adalah disebabkan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku semasa monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke Malaysia.

Itulah sebabnya suhu sejuk Malaysia ketika ini. Rekod suhu paling rendah katanya di Kuala Pilah dalam 21โ„ƒ.

Cuaca Sejuk Di Malaysia. Ada Tempat Turun Salji?

Salji turun di Malaysia? Orang Temerloh cakap toksok pedooh! Melampau sangat nak menipunya sampai turun salji. Hehehehe..

Ada juga tengok gambar yang tular dalam media sosial salji turun di beberapa tempat di negara kita. Gambar edit pun boleh jadi tular dan kecoh.

Cuaca Sejuk

Sekali tengok pun dah tahu gambar edit atau mungkin orang niat nak bergurau sahaja tetapi orang yang terima tu serius sangat sampai tak boleh nak bergurau langsung.

Media sosial ini memang tak boleh sangat nak bergurau orang mudah ambil serius. Lepas tu nanti boleh dikenakan tindakan kononnya menyebarkan berita tidak betul. Tak pasal polis tunggu depan rumah. Jaga-jaga ok..

Sampai Bila Cuaca Sejuk Di Malaysia?

Tak kisahlah sampai bila, suhu sejuk macam ni memang sedap cuma risau kain baju tak kering saja. Kasut sekolah anak kau dah berapa hari jemur tak kering lagi tu!

Menurut pakar kaji cuaca, suhu rendah di negara kita tak pasti sampai bila akan berakhir tetapi jangkaan aku tak lama mungkin dalam minggu depan habis dah fenomena cuaca sejuk ini.

Dah jangan nak gaduh sejuk salah panas salah hujan salah. Sesekali Tuhan bagi nikmat cuaca sejuk macam ni bukan selalu betul tak?

Jimat tak payah pasang air-cond, kipas pun pasang perlahan saja kalau tak macam nak tercabut kipas tu berpusing ๐Ÿ™‚

Mesti Baca: Jom Tengok 6 Perkara Menarik Jika Melancong Ke Temerloh

Oklah aku nak tengok TV pula cukuplah aku meraban di sini. Dan……. Cuaca sejuk amat ni molek sangat kalau tidur peluk bini betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *